Dajjal Akan Muncul Dari Dubai?
Rabu 11 Januari 2012
Oleh: MERONG
"
Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi. "
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang.
Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim] Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita didalam hadis tersebut.. D
isini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar..Wallahu Alam.
KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ
Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as. “…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…
”Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg diceritakan di atas..YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ].
Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia,
induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:“…
Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97 Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha). Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”?
Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!
Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein
MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan,
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi; “Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)U
ntuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini,penulis buku “Membongkar Misteri Dajja menjelaskan dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..
Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut.. Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”
Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…
Terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.
Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan ianya benar2 terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari2 di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ… Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.________________________________________________________________________________________ FITNAH
DAJJAL
sumber:http://ohtidak.com/oh-dubai-dan-berhala-tertinggi-di-dunia/
Masa untuk kemunculan Imam Mahdi akan hadir tidak lama lagi,
Mereka2 yang masih kekal di dalam liputan sistem2nya “tidak mungkin” dapat membezakan siapakah Al-Masih yang sebenarnya, dan sebelom itu umat Islam akan diuji dengan bahang kepanasan yang berturut2 selama 3 tahun,
Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid al ansariah:-
“Pada suatu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata; Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan satu pertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan dua pertiga air hujan sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya.
”Kerana kemarau panjang selama 3 tahun inilah Tasik Galilee sudah hampir mengering..
Hadis lain berkaitan Tasik Galilee:”Al-Mahdi akan mengeluarkan tabut dari Tasik Tiberias/ Tibriyah.”(Iqd al-Durar fi Akbar al-Imam al-Muntazar oleh Syeikh Jamaluddin Yusuf al-Damisyqi)
Apakah Imam Mahdi akan menguasai kawasan itu daripada tentera Israel lalu mengeringkan Tasik Galilee dan mengeluarkan tabut? Ataupun mungkinkah tentera Israel ada membina kompleks rahsia di bawahnya dan menyorokkan tabut di situ?..
Persoalan ini saya tinggalkn di sini..kerana saya bukanlah orang selayaknya mentafsir hadis ini.. Cuma mahu mengajak sahabat2 lain untuk sama-sama berfikir dan mengkaji terus mengkaji..
PENUTUP-Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir – Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal..
Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi s.a.w berkata:“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad) -Baca doa selepas Tahiyyat Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.
Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:“Bila seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]” [Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (27)] Dalam riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam Tasyahudnya.
Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal,..sedangkan siapalah kita disisi Allah?.. Bahayanya fitnah dajjal ini bukan sahaja mengelirukan orang awam yg rendah ilmu dan imannya, tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama’ terkeliru dengan Dajjal ini, baik Dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yg awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya..Nauzubillah.. -Sistem kapitalis akan hancur tidak lama lagi..-Marilah buat persediaan, ...WALLAHUALAM
Sumber:tranungkite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan