Berikut adalah 2 tips motivasi bagaimana untuk set azam tahun baru 2012 khusus bagi Anda yang masih termanggu-manggu azam apa yang Anda nak capai pada tahun 2012
.
1. Tips 1: Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.
Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2012. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri Anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.

2. Tips 2: Fikir Apa Anda Mahu Capai.
Fikir apa yang Anda mahu capai pada tahun 2012. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang Anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup Anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup Anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2012? Tanya diri Anda, jawapan yang muncul, itulah yang Anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2012.

sumber: imotivasi