Keputusan Liga Super Dan Kedudukan Carta. Fokus Kepada Kemenangan Pasukan Kelantan
Rabu Januari 17, 2012
Wira Pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan Johor FC 2 - 1
Kelantan berjaya merampas kedudukan kedua Liga Super 2012 daripada Negeri Sembilan apabila berjaya menewaskan Johor FC 2 - 1 hasil dari jaringan Indraputra Mahyuddin dan Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Kelantan terlebih dahulu menguji gawang Gol Johor FC pada minit ke 10" selepas tandukan Ghaddar hasil hantaran Badhri Radzi sedikit tersasar.
Minit 14 Kelantan hampir menjaringkan gol hasil percubaan deras Indra Putra namun sekali lagi tersasar.Ghaddar pula membuat penyokong The Red Warriors bersorak pada minit ke 31" apabila berjaya menggelecek 3 orang pemain Johor FC dan melepaskan rembatan terus namun sedikit tinggi melewati palang gol.
Pada minit ke 29" Johor FC membuat penyokong Kelantan senyap seketika apabila tandukan Mohd Syazwan pada minit ke 29" hasil hantaran lintang rakan sepasukan menerjah gawang Khairul Fahmi Che Mat namun gol itu dibatalkan kerana pengadil mengesahkan bola sudah pun keluar dari garisan gol ketika pemain melakukan hantaran lintang.
Babak akhir separuh masa pertama menyaksikan Kelantan hampir hampir menjaringkan gol apabila hantaran Norshahrul Idlan Talaha kepada Ghaddar berjaya dirembat namun Penjaga Gol Johor FC Zamir Selamat cemerlang menepis percubaan pemain yang berasal dari Lubnan itu.
Tamat separuh masa pertama menyaksikan kedua dua pasukan seri tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua Kelantan tidak menunggu lama untuk melakukan serangan apabila sepakan Norshahrul Idlan Talaha ke gawang Johor FC tersasar pada minit ke 46".
Minit 51" Pemain Johor FC berjaya memasuki kotak penalti Kelantan namun sepakan pemain Johor FC agak lemah untuk menghasilkan gol.
Minit 54" pula sepakan percuma Johor FC berjaya ditumbuk keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat
Minit 55" Kelantan berjaya memberikan keceriaan kepada lebih 10 ribu penyokong The Red Warriors apabila sepakan Indra putra mahyuddin berjaya menjaringkan gol hasil kesilapan Zamir Selamat gagal menangkap kemas bola kerana keadaan kelam kabut dalam kotak penalti.
Peluang Eddie Helmi dalam kotak penalti pada minit ke 57" rembatannya berjaya menewaskan Khairul Fahmi namun Daudsu berjaya menyelamatkan keadaan dengan mengeluarkan bola di atas garisan gol.
Walaubagaimanapun Johor FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 62" hasil jaringan ketua pasukan Johor FC Khairul Ismail berpunca dari sepakan sudut.
Minit 66" Johor FC hampir mendahului apabila sepakan Eddie Helmi sekali lagi berjaya menewaskan Khairul Fahmi namun Daudsu cemerlang menggagalkan pemain Johor FC untuk menjaringkan Gol.
Minit 68" Kelantan mengeluarkan Norfarhan Muhammad dan memasukkan Danny Antwi bagi memantapkan jentera serangan Kelantan yang dilihat sedikit tumpul.
Taktikal Peter Butler dilihat berhasil dengan memasukkan Danny Antwi apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol ke - 2 Kelantan pada minit ke 74" selepas bijak menyempurnakan peluang hasil hantaran Indraputra Mahyuddin.
Pada minit ke 77" Kelantan melakukan pertukaran kedua apabila mengeluarkan penyerang import Mohammad Ghaddar dan memasukkan pertahanan iaitu Rizal Fahmi Abd. Rosid.
Selepas itu kedua dua pasukan dilihat seimbang mengatur permainan sehingga tamat waktu perlawanan yang menyaksikan kelantan mengatasi Johor FC dengan jaringan 2 - 1.
Kesebelasan Utama Kelantan : KELANTAN : Apek, Aziz, Daudsu, Subramaniam, Farisham, Shakir, Piya (c), Indra, Farhan, Ghaddar dan Matyo
Keputusan Perlawanan Lain dan Kedudukan Liga Super tamat 3 Perlawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan