Raffles Makkah Palace : Hotel Mewah Dengan Pemandangan Kaaba'
Rabu 11 Januari 2012
Mewah tapi serbanistas
Selamat datang ke Raffles Makkah Palace sebuah hotel mewah 5 bintang yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Anda boleh melihat pemandangan Kaaba' dari bilik anda. Raffles Makkah Palace yang sudah dibuka sejak Ogos 2010 memenangi pelbagai anugerah seperti "Hotel Tebaik Timur Tengah" dan ianya sebuah hotel yang sesuai diduduki orang Islam yang kaya raya dan mahu selesa ketika menunaikan ibadah. Hotel ini lengkap dengan dewan mesyuarat, spa kesihatan dan perkhidmatan butler. Hendak beribadah pun senang kerana lokasinya yang amat hampir dengan Masjidil Haram. Harga purata duduk semalam di Raffles Makkah Palace ialah RM 3 699. Kalau tak mampu sewa sahaja hotel murah dan duduk berhimpit 3 orang satu bilik yang terletak agak jauh dari Masjidil Haram. Itulah dunia kan? Di Kota Suci yang sepatutnya semua orang yang memakai ihram setaraf masih ada yang mahu enjoice kemewahan. Hey don't be jelly mereka kaya didunia sahaja. Insya Allah di akhirat sana anda pula mewah dengan ganjaran dari Ya Rabb . Tulis blog gaya manusia baik hari ini
Sumber:blogserius
Tiada ulasan:
Catat Ulasan