Sejarah Tahun Baharu Cina Bermula Lebih 4000 Tahun
28 Safar 1433H.
Bila sebenarnya perayaan Tahun Baharu Cina bermula? Menurut pakar astronomi dari Akademi Sains China, Wang Sichao, perayaan itu mempunyai sejarah lebih 4000 tahun.
Jelasnya, Tahun Baharu Cina biasanya disebut sebagai "Guo Nian". Pelbagai andaian dibuat mengenai asal usulnya. Namun yang diterima umum ialah mengenai Maharaja Shun yang naik takhta lebih 2000 tahun lalu.
Maharaja Shun dikatakan telah mengetuai upacara pemujaan langit dan bumi yang kemudiannya menjadi ikutan pegawai dan rakyat China. Sejak itu, hari itu diterima sebagai hari pertama imlek Tahun Baharu Cina yang kemudiannya disebut juga sebagai "Pesta Musim Bunga".
Menurut Wang Sichao lagi, sebagai perayaan tradisional yang paling penting dan meriah di China, sambutannya telah menjadi salah satu ciri utama dalam kebudayaan bangsa China.
Pelbagai cara sambutannya, terrmasuk membeli barangan baharu khusus untuk tahun baharu, melekatkan kuplet di pintu masuk kediaman, bermain mercun, mengucapkan Selamat Tahun Baharu antara satu sama lain, memberikan angpau dan sebagainya.
CRI/-
Sumber:cinaislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan