Selasa, 15 Januari 2013

Tiada pekerja asing di pam minyak

Rakyat tempatan kini berpeluang bekerja di stesen minyak dengan gaji lebih baik bagi menggantikan pekerja asing. - Gambar hiasan


BANGI - Semua stesen minyak dijangka melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) mulai bulan ini sekali gus menyaksikan khidmat hampir 50,000 pekerja warga asing bakal ditamatkan secara berperingkat-peringkat.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kos pekerja berikutan penguatkuasaan peraturan gaji minimum RM900 pada 1 Januari lalu.
"Apabila gaji pekerja naik disebabkan peraturan gaji minimum, majikan mahu mempertingkatkan SKLD di premis masing-masing untuk mengurangkan kos pekerja.
"Oleh itu seramai 50,000 pekerja asing yang bekerja di stesen minyak bakal diberhentikan kerja oleh pengusaha disebabkan langkah ini," katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Bengkel Kehidupan Tanpa Bantuan Amah anjuran Kementerian Sumber Manusia di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan