Friday, January 11 2013 Oleh: tokpepijat
"

Ketika usaha Assyahid mula menampakkan positif untuk damaikan kumpulan Mujahidin yang bertelagah, maka pihak musuh yang tentunya didalangi oleh Amerika, Russia, Britain dan Israel tidak senang dengan berita dan usaha tersebut.
Akhirnya perancangan pembunuhan Abdullah Azam terlaksana pada November 1989 dengan pengeboman bom yang dipasang di jalan yang dilalui kereta beliau bersama dua anak lelakinya Muhammad Ibrahim. Radio BBC melaporkan berita pembunuhannya 30 minit sebelum terlaksana. Sesuatu yang terancang.
Kini, Morsi mengambil "tugas" Assyahid Abdullah Azam untuk menyatukan kumpulan Palestin. Sesuatu yang bakal mengundang ketakutan Zionis dan Amerika serta sekutunya.
Tidak mustahil perancangan sedang dilakukan untuk mengulangi peristiwa yang terjadi ke atas Abdullah Azam 21 tahun yang lalu.
Bahkan Morsi di lihat "amat merbahaya" kerana beliau dari Ikhwanul Muslimin. Lebih-lebih lagi beliau bergandingan dengan bekas "Empayar Uthmaniyyah" Turki.
Zionis Israel melihat gandingan Morsi bangsa Arab dengan Reccep Erdogan dari bangsa Turki atas nama perpaduan Solidariti Ummah amat mengancam keselamatan Negara Haram Israel.
Jika Assyahid Abdullah Azam sekadar pemimpin Mujahidin Arab yang tidak memegang tampuk kekuasaaan pun dianggap merbahaya, apatah lagi Morsi yang memegang tampuk pemerintahan Mesir yang mempunyai 82 juta penduduk dan Erdogan dengan rakyat Turki 52 juta penduduk.
Penduduk Israel sekitar 8 juta sahaja.
Apapun, perancangan Allah Taala yang terbaik.
tranungkite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan