Petua Untuk Awet Muda Cara Islam
Isnin 28 Jan.2013
Semua orang nak kekal cantik dan sihat….Awet muda bukan tujuan
menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya
manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak
mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah
Yang Maha Pencipta.
Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana
itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan
sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti
menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah
jadinya.
Petua Untuk Awet Muda Cara Islam
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu.
Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian
dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil
sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas
ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok
gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam
hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan
jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di
atas rumput yang masih berembun.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak
tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah
seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin,
Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking
jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan
diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang
dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
Petua Untuk Awet Muda Cara Islam
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan
petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke
atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air
dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3
kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu
Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang
dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua
tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di
indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita,
amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama,
setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air
suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda
daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung
daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak.
Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil
pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu
daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah
wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air
telaga la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk
kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan
jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil
sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari
atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
halimislamonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan