Sakit Gout, cuba jus timun dan karot
Sabtu 26 Jan.2013
"
Nabi
s.a.w bersabda: "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak
meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan
untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat
baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada
ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
Kalau
sakit, terlebih dahulu jumpa doktor, serta ikut nasihat doktor, makan
ubat yang diberikan dan bertawakal. Kemudian terpulang untuk melakukan
rawatan alternatif selagi tidak bercanggah dengan syarak dan nasihat
doktor.
Saya ada gout, sejak beberapa tahun lalu. Puas juga
berpantang, makan ubat yang disyorkan doktor, juga rawatan alternatif.
Dalam pada masa yang sama saya cuba buat carian di internet makanan apa
yang sesuai untuk meneutralkan asid dalam badan.
Alhamdulillah,
akhirnya yang sesuai untuk diet saya ialah jus timun campur karot (lobak
merah). Ini adalah kerana timun dan karot mempunyai tahap alkali yang
tinggi untuk meneutralkan asid urik dalam badan. Apa yang saya amalkan
ini, mungkin tidak serasi, mungkin serasi untuk orang lain. Tiada
jaminan, hanya dengan izin Allah.
Kadarnya ialah 1 timun dan 1
karot dikisar sekali dan diminum jusnya. Kalau timun dan karot tadi
besar buatlah 1/2 timun dan 1/2 karot. Kalau sakitnya masih ada mungkin
minum 2 atau 3 kali sehari. Kemudian kalau reda sikit 1 kali sehari.
Kalau reda lagi selang sehari. Dan amalkan seminggu sekali untuk
selamanya, kerana badan kita ni dah tua, tak dapat nak proses asid urik.
Kalau dan sihat, harus terus pantang makanan yang boleh menyebabkan
gout.
Semalam saya jumpa kawan saya, minggu sudah dia diserang
gout, ubat doktor dah habis, tapi masih belum baik katanya. Saya syorkan
dia minum jus timun campur karot. Petang semalam dia minum, pagi tadi
dia SMS, Alhamdulillah dah reda sikit.
Sekali lagi, kalau sakit,
jumpa doktor, ikut nasihat doktor, makan ubat dan bertawakal. Yang lain
rawatan alternatif kita hanya mencuba, Allah yang sembuhkan.
Artikel
ini boleh disebarkan dan dikongsi secara percuma tanpa perlu kredit
apa-apa. Saya tidak menyarankan mereka yang sakit gout mesti minum jus
timun dan karot. Saya hanya berkongsi pengalaman.
Lagi satu yang saya amalkan ialah minum air beralkali samada air zam zam, air Gau atau sebarang pembekal air beralkali. "
tranungkite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan