Jin masuk dalam tubuh manusia melalui laluan darah
Sabtu, 26 Januari, 2013
Diriwayatkan daripada Sofiah binti Huyai ra berkata: Pada
suatu malam ketika Nabi saw sedang beriktikaf aku datang menghampiri
baginda. Setelah puas berbincang-bincang dengan baginda, akupun berdiri
untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Tempat
tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua
orang Ansar. Ketika mereka melihat Nabi saw mereka mempercepatkan
langkahnya. Lalu Nabi saw bersabda: "Perlahankanlah langkahmu.
Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai. "
Kedua-dua orang ansor
itu berkata, "Maha suci Allah, wahai Rasulullah." Lalu Rasulullah saw
bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia
Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati
kamu berdua," (Riwayat Bukhari di dalam kitab I'tikaf hadis nombor 1894,
1897, 1898. - Etika hadis nombor 5751.
/ Riwayat Muslim di dalam
Kitab Salam hadis nombor 4041.
/ Riwayat Abu Daud di dalam Kitab Etika
hadis nombor 4342.
4. Riwayat Ibnu Majah di dalam Kitab Puasa hadis nombor 1769).
Jin boleh keluar masuk
dalam tubuh kita dengan sekehendak hati mereka. Mereka boleh tinggal di
mana saja dalam jaringan urat darah kita yang mereka kehendaki, padahal
kita tidak pernah merasakan kehadiran mereka.
Barangkali kita semua
memang harus diruqyah, supaya jin yang tinggal dalam urat darah kita itu
tidak mampu menyekat aqidah Islamiyah kita, sehingga kita terhindar
dari perbuatan syirik dan bid'ah, tidak terkecuali orang-orang yang ahli
meruqyah?
Jin mempunyai keupayaan
untuk masuk ke pembuluh darah yang mempunyai sifat seperti sentruman
yang dapat mengalir ke tubuh. Jin juga boleh membisik-bisik, menghasut,
dan membakar hati manusia supaya menuruti hawa nafsunya. Jin menyusup
melalui peredaran darah untuk mengganggu mekanisme tubuh dan jin
menguasai frekuensi gelombang otak untuk mempengaruhi sistem saraf yang
berkaitan dengan fikiran, emosi, dan gerakan.
Jin yang masuk ke dalam
pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi
bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh
perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan aneh.
Kesimpulannya, jika
benar jin berjasad halus seperti udara, maka tidak mustahil bagi jin
untuk masuk ke tubuh manusia seperti udara dan nafas keluar-masuk tubuh
manusa. Ia masuk ke tubuh manusia seperti wang dimasukkan ke dalam
sampul surat.
Al-Qadhi Abdul Jabbar
al-Hamadzani berkata: "jika benar kesimpulan kami bahawa jin berjasad
halus seperti udara, maka tidak mustahil baginya untuk masuk ke tubuh
manusia sebagaimana udara dan nafas keluar masuk ke tubuh manusia. Hal
ini tidak mengakibatkan bertumpuknya beberapa subtansi dalam satu wadah
kerana hal tersebut tidak akan bertemu kecuali dengan cara beriringan,
bukan dengan cara menyatu. Ia masuk ke tubuh manusia seperti wang masuk
ke dalam sampul surat.
sumber islampos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan