Sabtu, 13 Oktober 2012

Pemuda PAS giat kempen Cintai Rasulullah

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggiatkan Kempen Cintai Rasulullah dengan mencetak 100 ribu keping pelekat kereta, yang mula diedarkan hari ini.

Pelekat tersebut yang diedarkan kepada seluruh negara bertujuan  menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah dengan menjadikan baginda Rasulullah sebagai contoh dan idola setiap manusia.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata kempen ini juga bertujuan memberikan kesedaran terhadap masyarakat umum menyedari kepentingan hidup beragama, khususnya agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.

Lebih-lebih lagi, tambah beliau baru-baru ini umat Islam  seluruh dunia bangkit membantah penerbitan filem Innocent of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.

Berpandangan dengan menghormati hak semua agama merupakan teras kepada perpaduan, Pemuda PAS juga telah melancarkan program jelajah cinta Nabi Muhammad ini di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika sidang media dewan itu, di Pejabat Agung PAS,  selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tersebut, hari ini.

Dalam pada masa sama, Pemuda PAS turut mengadakan kempen pemeriksaan percuma kepada ahli-ahli pemuda sendiri, bagi memastikan anak muda melihat aspek kesihatan sebagai satu perkara yang penting.

Kempen yang diadakan bermula jam 9 pagi itu dianjurkan Pemuda PAS dengan kerjasama Gombak Medical Centre, (GMC) Selangor.

Selain exco pemuda mengambil peluang untuk memeriksa kesihatan masing-masing, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan dan Nik Abduh turut tidak ketinggalan untuk berbuat demikian.
harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan