Rabu, 17 Oktober 2012

Kelantan ‘lupakan’ Norfarhan

NORFARHAN (kiri) terpaksa melupakan impian untuk beraksi pada final Piala FA menentang ATM di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.


KELANTAN terpaksa melupakan khidmat Norfarhan Muhammad pada final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Norfarhan tidak dapat beraksi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Selain Norfarhan, Kelantan turut kehilangan khidmat seorang lagi penyerang sensasi, Mohamad Ghaddar selepas kedua-dua pemain itu digantung satu perlawanan kerana mengutip dua kad kuning.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, rayuan itu hanya boleh dikemukakan pada saingan peringkat kumpulan.
“Rayuan kad kuning ini hanya boleh dikemukakan kepada pengelola
pertandingan apabila (beraksi) di peringkat kumpulan kerana setiap
pasukan memiliki tiga perlawanan.
“Ini bukan peraturan FAM tetapi peraturan yang dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” katanya pada sidang akhbar
anugerah bola sepak negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan