Selasa, 13 Disember 2011

Harimau Muda kalahkan Sydney FC

Selasa 13 Disember 2011

Harimau Muda kalahkan Sydney FC
Skuad bola sepak harapan negara, Harimau Muda memulakan aksi siri perlawanan persahabatan di Australia dengan kemenangan pertama apabila menewaskan Sydney FC 3-0, pagi tadi.

Harimau Muda dibawah bimbingan Ong Kim Swee, mendapat dua jaringan melalui bekas penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri serta satu lagi sumbangan K. Gurusamy untuk memberikan permulaan yang baik di sana.

Ahmad Hazwan, pemain gantian yang dimasukkan pada babak kedua membuktikan sentuhannya masih diperlukan selepas menyempurnakan dua peluang di depan gol pada 15 minit terakhir.

Selepas ini, skuad Olimpik London 2012 itu akan meneruskan sesi latihan yang telah diatur dan turun dalam dua lagi perlawanan persahabatan menentang Central Coast Mariners (15 Disember) dan Newcastle United Jets (19 Disember) sebelum pulang ke tanahair.

 Tahniah. Teruskan kecemerlangan.
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan