Tareq Aziz meminta dipercepatkan hukuman mati
Khamis, Ogos 19, 2011Bekas Timbalan Perdana Menteri Iraq Tareq Aziz meminta Perdana Menteri Nuri al-Maliki mempercepatkan hukuman mati terhadap dirinya kerana masaalah kesihatannya yang semakin serius.
Walaupun beliau dilayan dengan baik didalam penjara, tetapi kesihatan yg banyak membataskan nya. Beliau turut mengidapi kencing manis, darah tinggi, gangguan jantung dan masaalah prostate, kata peguam nya Badie Aref kelmarin 17/8.
"Keadaan kesihatannya sangat buruk dan ia meminta saya menyampaikan mesej kepada Maliki agar cepat dilaksanakan," tambah nya lagi.
"Ia (Treq Aziz) berkata, ini adalah kehendanya sekarang ... Ia meminta hal tersebut kerana kesihatannya yang membahayakan. Dan banyak menderita," ujarnya.
Tareq Aziz, yg beragama Kristian dan orang kepercayaan kepada Presiden Saddam Hussein telah dijatuhi hukuman mati pada Oktober setelah didapati bersalah melakukan pembunuhan dan kejahatan atas kemanusiaan.
Vatican, Kesatuan Eropah, dan beberapa negara Barat meminta Baghdad memberikan pengampunan dan bebaskan Tareq Aziz.
Manakala Presiden Iraq Jalal Talabani, yang bakal mengesahkan perintah hukuman itu sebelum dijalankankan, telah menyatakan tidak akan menandatangani surat perintah itu
- edit teks Kom/AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan