Mesir memanggil pulang duta nya di Israel
Sabtu, 20 Ogos , 2011Mesir mengambil tindakan drastic membawa pulang duta besar nya dari Israel, lapur AFP sabtu lalu.
Keputusan itu di buat bagi memprotes kematian 5 anggota Polis nya dalam serangan Israel disempadan terhadap kumpulan bersenjata yg menyerang rakyat Israel dan lapan orang terbunuh.
Ketua kakitangan tentera Mesir Sami Enan berkunjung ke Sinai, Jumaat lalu, untuk menyiasat kematian anggota polis nya dan sehari sebeluj itu Ada laporan-laporan yang mengelirukan dari tentera dan polis Mesir bagaimana polis nya terbunuh.
Walau bagaimana pun pihak Israel berkata, pihak nya tidak berhasrat langsung untuk menyerang Polis Mesir dan pihak kami juga akan menyiasat insiden itu.
"Tak seorang tentara kami pun akan secara sengaja mengarahkan senjatanya kepada Polis Mesir," Mungkin kumpulan para pemberontak itu yg menembak mereka, mungkin hal lain terjadi," katanya lagi.
Seorang pegawai tentera Mesir berkata kepada agensi berita rasmi MENA, Khamis, bahawa mereka terbunuh kerana tembakan helikopter Israel yang menyimpang dari sasaran, yg sepatut nya mereka menyerang sekumpulan lelaki bersenjata yang melarikan diri.
Mesir, negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel tahun 1979, telah pernah memanggil pulang duta besarnya dari Israel, iaitu Pada November 2000 untuk memprotes Israel yang dikatakannya menggunakan kekuatan berlebihan terhadap rakyat Palestina setelah intifada kedua.
Ratusan orang keluar berdemonstrasi di luar Kedutaan Besar Israel di Kaherah, Jumaat kelmarin, meminta pengunduran duta besar Mesir dan mengecam negara Yahudi itu atas serangan tersebut. - majera/kom/AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan