Rabu, 31 Ogos 2011

Gosok lah gigi dengan tangan kiri


HHRS 2.0 - Jangan pula makan, minum atau basuh tuttt dengan tangan kanan ye.

Diterjemah dari sayaberitahu

Bahaya Gosok Gigi dengan Tangan Kanan


Otak kita dibahagikan kepada dua bahagian (hemisfera), iaitu otak kanan dan otak kiri dengan fungsi yang berbeza.

Otak kanan

Otak kanan berfungsi dalam perkembangan eq (emotional quotient), seperti hal persamaan, khayalan (imaginasi), kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna, berfikir lateral (selari), berfikir intuitif dan feeling, tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu terperinci.

Daya ingat otak kanan bersifat jangka panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya.


Otak kiri

Otak kiri berfungsi sebagai pengendali iq (intelligence quotient) seperti hal perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, hitungan, analitis, matematik, sistematik, linear, rapi, tahap demi tahap, dan logik.

Daya ingatan otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila terjadi kerosakan pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi berbicara, berbahasa dan matematik.

Secara sederhana, otak kanan merupakan gudang kreativiti dan spontan. Sedangkan otak kiri adalah otak yang menganalisis dan membuat pertimbangan.


Lalu apa hubungannya dengan menggosok gigi dengan tangan kanan?


Menurut para ahli, sebahagian besar orang di dunia hidup dengan lebih bergantung otak kirinya. Kenapa? Dari kecil kita di sekolah diajar berhitung, berfikir dengan logik, berbahasa. Sedikit sekali pelajaran muzik, melukis dll. Hal ini menyebabkan ketidakseimbangan, iaitu lebih dominan otak kiri berbanding otak kanan. Padahal kita hidup memerlukan dua-duanya untuk berfungsi secara maksimum.

Jika demikian, potensi otak kanan akan lemah dan semakin lemah. Untuk itu, semua guru, pensyarah, mentor, trainer ketika mengajar haruslah menggunakan strategi pelibatan otak kiri dan kanan pelajarnya.

Salah satu aktiviti sederhana bagi kita yang sudah dewasa untuk melatih otak kanan adalah dengan menggosok gigi dengan tangan kiri.

Kenapa tangan kiri?

Tangan kiri dikawal oleh otak kanan, sedang tangan kanan dikawal oleh otak kiri.

Jika anda menggosok gigi dengan tangan kanan, itu sama saja dengan menambah dominasi yang tidak perlu pada otak kiri anda. Bahaya bukan?

Cara mudah yang lain iaitu mengambil barang, menulis, membuka pintu, memegang remote, menggerakkan mouse, menaip di hp, menyalakan butang tv dan aktiviti lain dengan tangan kiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan