Al Quran besar Indonesia & teks pembuatan nya
Salah sebuah Al Quran terbesardi Indonesia turut ditempatkan di Masjid Raya Makassar Indonesia sejak ogos 2009 dan manjadi tarikan kepada para pengunjung di Masjid itu.
Jika masuk dari pintu utama Masjid Raya, maka kita terus akan terpandang pada Al-Quran bersaiz besar itu. Al-Quran raksasa dengan ukuran 1x1.5 meter tersebut dengan berat 584 kilogram tersebut kini ditutup telah n kotak kaca.
"Kami tutup, supaya tidak kotor daripada debu debu. Selain itu, ada bahagian kertas yang sudah koyak, kerana dibuka tutup oleh jemaah yang datang melihat dan untuk bersolat. Ada juga yang datang untuk melihat, membaca atau bergambar di dekat Al-Quran tersebut," kata Ambo Sakka, setiausaha Masjid Raya Makassar.
Al-Quran yang isinya 30 juz dengan 6.666 ayat, sama dengan Al-Quran asli tersebut merupakan pemberian dari pengasas syarikat Bosowa, HM Aksa Mahmud yang kini ahli DPD RI. Al-Quran ini ditempah di sebuah pusat pengajian pondok milik Yayasan l Asy'ariyah, Kalibeber, Wonosobo, Jawa Tengah.
Al Quran itu mengambil masa setahun untuk disiapkan, Sementara untuk meja nya diperlukan masa selama tujuh bulan untuk mengeringan kayu jatinya supaya dapat bertahan beratus-ratus tahun tidak dimakan anai-anai.
Selain di Kuala Lumpur, Al-Quran ini, masih ada lagi ada empat buah yang dimiliki oleh bekas Presiden RI Almarhum Soeharto yang disimpan di istana negara, bekas Gabernor DKI Jakarta Sutiyoso, bekas Menteri Dalam Negeri Mardiyanto dan Sultan Berunai Darussalam Sultan Hasanal Boqiyah.
Ambo Sakka berkata, “berdasarkan riwayat yang diterima oleh pengurus-pengurus dan pembina Masjid Raya Makassar yang juga merupakan Ketua PBNU Sulsel KH Sanusi Baco, untuk membuat Al-Quran yang terdiri daripada 605 lembar tersebut diperlukan berbelas belas liter dakwat dan beratus-ratus mata pen.
Saiz: 1 x 1,5 Meter persegi
Berat: 584 Kg
Jumlah muka surat: 605 helai
Jumlah Ayat: 6.666 Ayat
Jumlah Surah: 114 Surah
Jumlah Juz: 30 Juz
Saiz: 1 x 1,5 Meter persegi
Kertas yang dipakai: Kertas berkualiti buatan Syarikat Kertas Perum Peruri
Dakwat yang dipakai: diperbuat daripada campuran belasan liter dakwat tab China dan Cecair Air The Kental, Dakwat Air the fungsinya agar dakwat awet melekat pada kertas, tulisan Ayat berwarna Hitam digunakan beratus-ratus pen Khusus. Dakwat disapukan dengan menggunakan berus khas yang dibuat dari buluh
Lama penulisan: 12 Bulan (1 Tahun)
Penulis utama: K.H. ahmad Faqih Muntaha (Anak dari KH Muntaha Al-Hafidz)
Idea: Bpk. Drs. H.M. Aksa Mahmud (Pembina Masjid Raya, Pengasas Bosowa Corporation, Naib keuta MPR RI)
Tempat simpanan: diperbuat dari kayu jati khas yang dikeringkan selama 7 bulan agar tahan beratus-ratus tahun
Pereka Penulisan: Yayasan Al Asy'ariah Kalibeber, Wonosobo, Jateng
Proses Penulisan: Diperlukan ketekunan yang amat sabar dan penghayatan yang kuat. Selama proses penulisan Al-Quran para penulis berpuasa Dalail (Puasa rutin tanpa sela kecuali hari tasyrik).
Selama penulisan mereka berwudhu yang bertujuan untuk menenangkan hati bagi menjaga mutu penulisan tetap konsisten dari laman ke laman dan tidak mudah digoda Syaitan. –
edit by megasuria dan teks Irib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan