Jumaat, 12 Ogos 2011

Dia tidak mati. Dia sedang sibuk melaksanakan jihad di tempat lain


HHRS 2.0 - Rabu pagi , Jeneral Marin John Allen, komander tinggi Amerika di Afghanistan mengadakan sidang akhbar di Pentagon. Beliau berkata serangan pesawat F-16 Amerika telah menewaskan Taliban yang menembak jatuh heli Chinook CH-47 di Desa Tangi akhir pekan lalu.

Namun, sehari kemudian, Taliban mengeluarkan statemen balas tuntutan dari Jeneral Allen.

"Itu tidak benar," kata jurucakap Taliban Zabihuallah Mujahid kepada agensi berita AFP hari Khamis, seperti dikutip Muslimdaily dari battleland.blogs.time.com.

"Setelah mendengar ulasan dari musuh, kami menghubungi mujahid kami yang menembak jatuh helikopter Chinook, dan dia tidak mati. Dia sedang sibuk melaksanakan jihad di sebuah tempat di negeri ini."

Berbicara melalui sambungan telefon dari tempat yang dirahsiakan, Zabihuallah mengatakan "empat pejuangnya memang ada yang gugur dalam serangan udara Amerika, namun tidak ada satu pun dari pejuang itu yang turut dalam penembakan helikopter Amerika akhir minggu lalu."

Ini merupakan reaksi dua pihak, Amerika tidak boleh memberikan bukti bahawa mereka telah menewaskan Taliban, begitu pula Taliban juga tidak memberikan bukti bahawa penembak Chinook masih hidup. Kedua-duanya kubu hanya memberikan statemen. Namun inilah perang, penuh tipu daya.

Diterjemah dari muslimdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan