Sabtu, 13 Ogos 2011

Bulan Ramadan, bulan kemenangan bagi Taliban. Puluhan tentera AS terbunuh kurang dari seminggu


Sepertinya bulan Ramadan menjadi barakah tersendiri bagi pejuang Taliban di Afghanistan. Kurang dari seminggu, serangan mereka telah mengorbankan puluhan tentera AS dan serangan hebat terjadi pada minggu lalu, di mana helikopter Chinook AS berjaya ditembak jatuh.

Terbaru Taliban berjaya membunuh lima tentera Amerika di Afghanistan selatan pada Khamis kemarin (11 / 8), kata tentera AS, kurang dari seminggu selepas pasukan Amerika menderita dengan tragedi terburuk mereka dari perang Afghanistan ketika pejuang Taliban berjaya menembak jatuh helikopter yang mengangkut pasukan khusus AS.

Tentera AS dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) pimpinan AS tidak memberikan butiran mengenai insiden Khamis lepas. Seorang jurucakap Pentagon di Washington mengatakan yang terkorban adalah warga Amerika.

Sekurang-kurangnya 50 tentera asing telah tewas setakat ini dalam bulan Ogos 2011.

Kekerasan terburuk berlaku di Afghanistan sejak AS yang disokong tentera Afghanistan menggulingkan kerajaan Taliban di akhir 2001, dengan rekod korban awam dan tingginya bilangan kematian tentera asing dalam tempoh setengah tahun 2011.

Sebuah helikopter Chinook yang jatuh lima hari lalu di Afghanistan tengah setelah terkena serangan RPG pejuang Taliban, menewaskan 30 tentera AS, tujuh pasukan Afghanistan dan satu penterjemah orang awam Afghanistan.

Pentagon pada hari Khamis lepas juga mengumumkan nama-nama pasukan AS yang terbunuh, menegaskan bahawa 17 daripada mereka adalah ahli Navy SEAL dan lima tambahan pasukan operasi khusus SEAL. Ada juga tiga pasukan operasi khas dari Angkatan Udara di helikopter tersebut.

Diterjemah dari globalmuslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan