Jumaat, 13 Januari 2012

Jumaat 13 Januari 2012

MOSCOW: Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Nikolai Patrushev semalam memberi amaran, peningkatan aktiviti ketenteraan kemungkinan meningkat di Iran dengan ancaman serangan Amerika Syarikat semakin pasti.

Menurutnya, Syria yang enggan memutuskan hubungan dengan Tehran juga boleh menjadi sasaran campur tangan Barat.

“Ada kemungkinan peningkatan aktviti ketenteraan di Iran dan Israel mendorong Amerika Syarikat ke arah itu,” kata Patrushev dalam temuramah yang disiarkan akhbar Kommersant.

“Ketika ini, Amerika melihat Iran sebagai masalah utamanya. Mereka cuba menjadikan Tehran daripada musuh kepada rakan dan untuk berbuat demikian, mereka mesti mengubah kerajaan yang ada sekarang dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Sumber: AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan