Sabtu, 21 Januari 2012

Inilah gadis penyebab Kapten Costa Concodia lalai dan karam

Sabtu 21 Januari 2012 

Apabila kapal melanggar batu karang, kapten kapal Costa Concordia, Francesco Schettino, dikhabarkan tengah menghabiskan malam bersama seorang wanita. Berdasarkan rakaman video, penyelidikan mulai mengarah pada seorang wanita yang diketahui berasal dari Moldova. Domnica Cermontan, nama wanita itu.

Cermontan yang berusia 25 tahun adalah salah seorang penumpang kapal. Dia akan dipanggil untuk disoal mengenai apa yang berlaku pada malam itu dan mengapa Schettino gagal untuk meramalkan kapal bakal melanggar batu karang.

Dari mana penyiasat tahu nama perempuan tersebut? Ternyata, Schettino sendirilah yang menyebutkannya.

Cermontan telah mengatakan dalam sebuah wawancara dengan stesen TV Moldova, Jurnal TV, bahawa dia berada di pelantar kapal pada malam bencana terjadi. Dia adalah pekerja daripada pemilik kapal Costa Crociere, tetapi tidak bertugas selama pelayaran, demikian harian Itali, La Repubblica, menulis.
foto
Il secolo XIX, sebuah akhbar yang terbit di Genoa, memuat gambar pada hari Khamis yang menunjukkan Cermontan makan malam di atas kapal bersama Schettino.

Harian Itali La Stampa melaporkan pada Khamis bahawa Cermontan menjadi tetamu seorang anak kapal yang sedang bertugas, bukan Schettino, dan telah dijemput ke pelantar untuk menikmati tontonan dari kapal yang sedang belayar berhampiran dengan batu karang di Giglio. Menurut polisi syarikat, tetamu dari pegawai kapal tidak muncul dalam senarai penumpang rasmi, demikian tulis La Stampa.

La Stampa mengatakan, seorang penumpang berbangsa Inggeris mengaku melihat Cermontan minum-minum dengan Schettino sebelum kemalangan itu.

Dalam sebuah wawancara dengan Sunday Telegraph di sebuah hotel di Lapangan Terbang Rom selepas kemalangan, Cermontan mengatakan tindakan Schettino selepas kemalangan itu telah menyelamatkan ribuan nyawa. Schettino sedang disiasat untuk pembunuhan dan tindakannya meninggalkan kapal setelah kemalangan.
 
Diterjemah dari tempo
 
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan