Jumaat, 9 Disember 2011

Motivasi Diri – A.N.T (Automatic Negative Thoughts)

Sabtu 12 disember 2011




Tahukah Anda apa maksud ANT? Perkataan ini adalah singkatan daripada Automatic Negative Thoughts. Dalam bahasa Melayu, dipanggil fikiran negatif automatik.
Fikiran negatif automatik akan terjana dengan sendirinya secara automatik apabila Anda bergaul dengan orang-orang berfikiran negatif. Dalam situasi lain, Anda akan jadi orang berfikiran negatif apabila Anda suka bersangka buruk, iaitu bersangka buruk pada seseorang, pada semua situasi, pada benda dan pada sesuatu benda sama seperti orang yang anda hampiri.
Anda berada dalam fikiran negatif secara automatik kerana Anda membesar dalam suasana negatif. Maka sikap negatif dan berfikir negatif menjadi satu kebiasaan buat diri Anda. Ini kerana, Anda merasa selesa bersikap sedemikian.
Berikut adalah 3 tanda-tanda utama Anda sedang berada dalam mindset A.N.T. (Automatic Negative Thoughts):
1. Anda lebih cepat memikir sikap buruk seseorang lebih dari sikap baiknya.
2. Anda suka bercakap tentang keburukan seseorang, kawannya dan ahli keluarganya.
3. Anda suka mentertawakan kelemahan orang, memandang remeh dan suka merendah-rendahkan.
4. Anda tidak mahu memaafkan dan tidak mahu meminta maaf, bahkan Anda mahu orang minta maaf pada Anda.
Ketahuilah apabila keempat-empat petanda tersebut ada pada Anda, maka Anda sekarang ini sedang berada dalam mindse A.N.T. (Automatic Negative Thoughts).
‘Thoughts’ adalah perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud tanggapan atau fikiran. Ia adalah apa yang Anda fikirkan selalu dan apa yang Anda bayangkan selalu di minda.
A.N.T. mula terbina dari zaman remaja Anda lagi, iaitu pada zaman Anda mula bergaul rapat dengan orang lain di sekeliling Anda.
Pada waktu ini, mungkin Anda terbiasa bergaul dengan orang yang selalu berkata negatif, bersikap negatif, bertindak negatif dan berfikir negatif. Anda memandang semua itu sebagai normal, sesuatu kebiasaan sedangkan ia adalah negatif belaka.
Anda boleh ubah mindset A.N.T. dengan cara melatih diri bersangka baik. Bersangka baiklah dengan masalah yang melanda diri Anda.
Cari kebaikan masalah, bukan mencari keburukan yang dibawa oleh masalah. Sebagai contoh, mungkin dari masalah itu, Anda nampak peluang untuk menambah baik diri Anda. Buang sikap lama yang membawa masalah, tukar kepada sikap baru yang menyelesaikan masalah.

sumber:imotivasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan