Jumaat, 30 Disember 2011

Isu-isu Hangat Tahun 2011

Sabtu 31 Disember 2011


Hari ini adalah hari terakhir tahun 2011. Esok adalah malam tahun baru 2012. Bermakna tambah satu angka lagi umur kita. Kebiasaan orang setiap tahun baru akan refresh azam tahun baru masing-masing. Cuba review balik azam tahun baru 2011 dah tercapai belum? atau dah terlupa apa azam tahun baru 2011? Hoho..Tidak salah memasang azam kerana boleh dianggap KPI yang mesti dicapai untuk cita-cita masing-masing namun apa yang penting ialah daya usaha untuk mencapai azam yang diselitkan di dada kita bukan setakat status di FB dan ditweet sahaja tapi tiada langkah dimulakan untuk mencapai azam tersebut.

Pada tahun 2011 banyak juga kejadian besar melanda dunia, dan kejadian-kejadian ini menjadi isu hangat dan perhatian orang ramai, sehingga media memberitakannya selama berhari-hari malah berbulan-bulan. Ini ialah diantara dari kejadian-kejadian itu. Ada isu yang admin isuhangat membuat entri tetapi ada juga yang tidak dimasukkan dalam blog isuhangat ni kerana kesibukan masa semasa itu.

1. Revolusi di Kawasan Timur Tengah dan Afrika


Awal tahun 2011 merupakan awal yang buruk bagi beberapa negara di kawasan Timur Tengah dan Afrika dengan majoriti penduduk beragama Islam, namun dengan pemimpin-pemimpin bersikap auhtoriter.

Pada 14 Januari 2011, Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, digulingkan oleh gerakan revolusi yang dilakukan rakyatnya. Disusul pula dengan tergulingnya presiden Mesir yang telah berkuasa selama 30 tahun, Hosni Mubarak. Presiden ini juga digulingkan melalui aksi ‘people power’ selama lebih kurang 25 hari, dan dia berudur dari jawatannya pada 12 Februari 12.




Setelah revolusi di Tunisia dan Mesir, gelombang revolusi melanda negara-negara lain seperti Yaman, Libya, Oman, Algeria, Bahrain, Iran, dan Syria.

Yang paling tragis ialah nasib Presiden Libya Muammar Ghadafi. Kerana tidak mahu berundur, Ghadafi akhirnya maut setelah lubang persembunyiannya di Kota Sirte ditemui pemberontak dan ditembak di kepala.

Entri isuhangat mengenai isu revolusi Arab














2. Gempa dan Tsunami Jepun


Pada Jumaat 11 Mac 2011 lebih kurang pukul 14.46 waktu tempat, gempa berkekuatan 8.9 pada skala Ritcher (SR) menggoncang pantai timur Jepun, disusuli gempa susulan berkekuatan 7.4 SR.

Lebih kurang 16,000 orang maut, 4,000 orang hilang, dan 6,000 orang cedera .Bangunan yang hancur dan rosak mencapai 125,000 unit. Selain itu, gempa dan tsunami juga menyebabkan ledakan di Reaktor Nuklir Fukushima.

Entri isuhangat mengenai Tsunami Jepun








3. Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton


Perkahwinan yang dilangsungkan pada 29 April 2011 ini dianggap sebagai perkahwinan terkenal abad ini. Tidak hairan, kerana selain Royal Wedding atau Pernikahan Kerajaan Inggris ini menghabiskan dana lebih kurang $40 juta poundsterling. Pernikahan yang ditayangkan siaran langsung oleh berbagai stesyen television di seluruh dunia ini diangagrkan ditonton oleh lebih kurang 2 billion orang.

Entri isuhangat mengenai perkahwinan William-Kate



4. Osama bin Laden Tewas


Pengumuman  Osama Laden telah meninggal dunia diumumkan oleh Presiden Amerika Syrikat Barack Obama pada 1 Mei 2011, namun Osama dikatakan meninggal sebulan sebelumnya. Ketua Al Qaeda ini dikatkan mati ditembak anggota pasukan Amerika di Abottabad, Pakistan, dalam sebuah operasi khas. Selain Osama, dua orang pengikutnya juga dikatakan maut dalam drama tembak menembak semasa kediaman Osama di Abottabad diserbu.

Amerika menganggap Osama sebagai orang yang paling bertanggungjawab dalam serangan kepada World Trade Centre (WRC) pada 11 September 2011.

Entri isuhangat isu Osama Laden Meninggal Dunia:





5. Rusuhan Di London


Kes ini bermula dari kematian Mark Duggan, pemuda 29 tahun yang disebut-sebut sebagai anggota geng bersenjata di London. Mark maut akibat ditembak polis di dadanya.

Kematian Mark tidak diterima oleh para pemuda di negeri London, sehingga pada 6 Ogos 2011 rusuhan meletus di Tottenham, London Utara. Rusuhan yang diwarnai dengan kerosakan dan pembakaran kenderaan serta pusat membeli belah itu tersebar dengan cepat ke seluruh London dan bandar-bandar lain di Englans. Rusuhan berhenti pada 12 Ogos, setelah polis menangkap lebih dari 1,000 orang perusuh.

Rusuhan ini menyebabkan 5 orang maut dan 16 orang cedera parah.

Entri Isuhangat mengenai rusuhan di london

http://www.isuhangat.net/2011/10/mr-bean-larikan-diri-semasa-rusuhan-di-london/

6.Banjir di Thailand


Musibah yang terjadi dari 18 Oktober 2011 ini melanda 48 daerah di Thailand, dan surut seluruhnya selepas40 hari. Banjir ini bukan sahaja tengelamkan 2.3 juta rumah penduduk, tujuh kawasan industri dan 300,000 hektar ladang pertanian, tetapi juga melumpuhkan aktiviti ekonomi dan pemerintahan, serta lebih kurang 370 orang telah maut.

7.Serangan Taufan Washi di Filipina


Taufan Washi yang berkelajuan lebih dari 200 km/jam, menyerang kawasan pantai timur Pulau Mindanao dan lebih kurangnya pada Jumaat 16 Disember 2011, mengakibatkan 957 orang maut dan 49 orang hilang.

Ramainya korban jiwa diakibatkan kerana rakyat tidak bersedia semasa datangnya bencana kerana ribut berlaku pada malam hari semasa sebagian besar dari mereka telah tidur.Bandar besar pelabuhan di Filipina selatan iaitu Cagayan de Oro dan Iligan, merupakan kawasan yang paling teruk terkena bencana Washi. Di kedua lokasi ini, korban maut mencapai lebih kurang 579 orang.

sumber :isuhangat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan