Sabtu, 31 Disember 2011

Berfikir Positif Tu Susah? Oh Tidak..

 Sabtu 31 Disember 2011

Sukarkah untuk berfikiran positif sepanjang masa? Tidak.
Pada permulaan, Anda akan merasa sukar.
Anda merasa susah untuk berfikiran positif sebab pada masa itu minda Anda sudah terbiasa dengan fikiran negatif.
Sebagai manusia, perubahan kepada sesuatu yang baru memerlukan masa dan kekerapan melakukannya.
Fikiran positif tidak boleh dilakonkan.
Ia terbit dari hati.
Fikiran positif tidak boleh dicampur aduk dengan fikiran negatif dalam satu masa.
Anda tidak boleh berfikiran negatif kemudian berfikiran positif dalam masa yang sama.Kesannya tidak akan ada di jiwa.
Anda tidak akan rasa bersemangat.
Anda tidak akan merasa dekat dengan Tuhan.
Soalnya di sini, Anda boleh berfikiran positif sepanjang masa apabila Anda menumpukan usaha kepada sikap bersangka baik, memikir yang baik-baik, berkata yang baik-baik.
Kenapa begitu?
Sebab berfikiran positif adalah satu tabiat.
Apa saja tabiat boleh dibina, diserap lalu dikekalkan dengan cara merubah tindakan, percakapan, pemikiran.
Untuk Anda berubah menjadi orang berfikiran positif, apa yang Anda perlu lakukan hanyalah merubah tindakan Anda, merubah cara Anda bercakap, merubah cara pemikiran Anda.
Sebagai contoh, jika sebelum ini Anda selalu bersangka buruk, ubahlah sikap itu kepada sikap suka bersangka baik.
Hadirkan sikap bersangka baik dan kemudian latih diri melakukannya selalu sekerap mungkin setiap masa, sepanjang masa.
Contoh lain, jika sebelum ini Anda suka mengutuk, mengkomplen, mengomen dan mengomel, ubah sikap itu kepada sikap suka mengagumi, memandang tinggi, menghormati dan menghargai. Amalkan selalu.
Pada peringkat permulaan, ia akan terasa susah.
Lama-kelamaan bila Anda dah selalu buat dan sudah selalu praktis, ia akan menjadi kebiasaan.
Ia akan menjadi sikap Anda secara semulajadi (natural).

sumber:imotivasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan