Tangkap George W Bush! - Amnesty International
Jumaat 14 Oktober,2011Amnesty International (Rabu) mendesak pihak berkuasa Kanada menangkap dan mengadili George W Bush kerana bekas presiden AS itu membenarkan penyeksaan ketika dia memerintahkan perang pimpinan AS menentang keganasan.
Bush dijangka menghadiri sidang kemuncak ekonomi di Surrey, Wilayah British Columbia, di kawasan barat Kanada, pada 20 Oktober. Kalau desakan Amnesti Antarabangsa itu dilaksanakan, untuk pertama kalinya sejarah menyaksikan bekas presiden Amerika Syarikat dalam status jenayah berat di sisi undang-undang.
Semasa dia memerintah, bersama rakannya, Perdana Menteri Australia, John Howard, melaksanakan dasar luar negeri hawkish. Iran dan Korea Utara yang sama-sama menguasai teknologi nuklear, jelas-jelas dikatakan sebagai paksi kejahatan dalam polisi luar negeranya yang tidak bersahabat itu.
Amnesti Antarabangsa yang berpusat di London menuntut tanggung jawab undang-undang keatas Bush dengan siri pelanggaran hak asasi manusia dalam satu memorandum yang diajukan bulan lalu kepada kerajaan Kanada namun baru sekarang menyiarkannya kepada media.
"Kanada terikat dengan tanggungjawab antarabangsa untuk menangkap dan mengadili mantan Presiden Bush kerana bertanggungjawab atas kejahatan sesuai dengan undang-undang antarabangsa yang merangkumi penyeksaan," kata Susan Lee dari Amnesti Antarabangsa dalam kenyataan.
"Kerana kerajaan AS setakat ini tidak membawa bekas Presiden Bush ke mahkamah, maka masyarakat antarabangsa harus bertindak. Kegagalan Kanada mengambil tindakan selama kunjungannya akan melanggar Konvensyen PBB mengenai Penyiksaan dan merupakan penghinaan terhadap hak asasi fundamental," kata Lee.
Amnesti Antarabangsa, yang disokong Kumpulan Pemerhati Kebebasan Awam Antarabangsa, berkata, Bush membenarkan penerapan "teknik soal siasat canggih" dan "penyeksaan waterboarding" terhadap tahanan yang dikurung di penjara rahsia oleh Badan Perisikan Pusat AS (CIA) antara 2002 dan 2009.
Program penahanan termasuk "penyeksaan dan kekejaman lain, perlakuan tidak berperikemanusiaan dan penghinaan (seperti dipaksa berdiam diri selama berjam-jam dalam kedudukan yang menyakitkan dan kurang tidur) dan melaksanakan penghilangan," kata kumpulan itu.
Memorandum Amnesti Antarabangsa itu menyebutkan beberapa kes penyeksaan terhadap beberapa individu di kemudahan penahanan tentera laut Teluk Guantanamo, di Afghanistan dan di Iraq, oleh tentera AS.
Kes-kes itu antara lain dialami oleh Zayn al Abidin Muhammed Husayn (dikenali sebagai Abu Zubaydah) dan dalang serangan 11 September Khalid Sheikh Mohammed. Kedua-dua orang itu ditangkap di Pakistan dan mengalami sekurang-kurangnya 226 penyeksaan waterboarding dari 2002 hingga 2003, kata Amnesti Antarabangsa mengutip laporan ketua CIA.
Waterboarding adalah teknik soal siasat dengan mengikat tangan dan wajah tahanan, kemudian membenamkan kepalanya ke dalam air sehingga ia merasa seolah-olah akan tenggelam.
DIterjemah dari fiqhislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan