Ahad, 23 Oktober 2011

Hosni Mubarak menangis seperti orang gila apabila melihat gambar kematian Muammar Gaddafi

Isnin 24 Oktober,2011

HHRS 2.0 - Doktor yang merawat Hosni Mubarak, diktator Mesir yang digulingkan memberitahu bahawa Mubarak menangis seperti orang gila apabila melihat gambar kematian Muammar Gaddafi, diktator Libya.

Menurut laporan Fars yang mengutip laman al-Muhit menulis, sumber perubatan di "Pusat Perubatan Antarabangsa" Kaherah mengesahkan ketakutan luar biasa di wajah Hosni Mubarak ketika menyaksikan tayangan penangkapan dan tewasnya Muammar Gaddafi yang membuat kesihatannya kembali merosot.

Sumber al-Muhit berkata, jika doktor tidak memberikan ubat penenang kepada Mubarak, kemungkinan besar dia boleh mendapat serangan jantung. "Ketika Mubarak melihat Gaddafi terbunuh, ketakutan menyelimuti tubuhnya. Wajahnya tampak begitu ketakutan dan selepas itu dia menangis seperti orang gila, "katanya.

Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi mempunyai hubungan yang cukup mesra dan kukuh.

Berdasarkan laporan-laporan yang ada, sebuah dokumen rahsia ditemui di bangunan "Pejabat Pemberantasan Anti-Agama" yang mendedahkan kerjasama tentera Mesir dan Libya yang bertujuan menghancurkan kumpulan-kumpulan Islam Mesir di Libya.


Diterjemah dari konspirasi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan