Lapangan Terbang Luar Angkasa Pertama Dunia Dibuka
HHRS 2.0 - Billionair Richard Branson membuka lapangan terbang luar angkasa komersial pertama di dunia di gurun New Mexico. Lapangan Terbang ini akan menjadi rumah syarikat barunya.
Gurun tersebut akan menjadi markas syarikat baru usahawan eksentrik itu, Virgin Galactic. Apabila membuka lapangan terbang tersebut, bahkan ia hanya mengenakan jaket hitam dan membuka sebuah botol champagne.
Laman yang disebut 'Spaceport America' itu akan berperanan sebagai 'hub operasi Virgin Galactic dan menjadi rumah dua WhiteKnightTwos dan lima SpaceShipTwos'. Tidak hanya itu seperti yang dilaporkan ST, di sana juga akan ada kemudahan untuk pada angkasawan dan kawalan misi.
Sekitar 150 orang telah menempah perjalanan pertama untuk mengorbit angkasa, kata syarikat itu. Angkasawan Amerika Syarikat (AS) terkenal Buzz Aldrin, pengarah komersil Stephen Attenborough dan kepala Virgin Galactic George Whitesides akan menghadiri penerbangan pertamanya nanti.
Diterjemah dari yasirmaster
Tiada ulasan:
Catat Ulasan