Sabtu, 29 Oktober 2011

Muslim raih faedah dari tiga perkara selepas kematian

Ahad 30 Oktober 2011

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud : “Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaathttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8DjdmuDueDLOFAShblxm46A66SLXLG-kwTKK6N8nQ209XO_fldjNscz2xsZTvdaPbk2qjIBaHDAqJDh3QaDLtRdkZr3kVJ8moZglZdiKMTRl441aF8VTm58qmg6mQTbCmm90tbvnsXHQ/s1600/20101102-kematian-batu-nisan.jpgkan dan anak yang salih yang mendoakan baginya.

Hadis yang amat masyhur itu seringkali diucapkan oleh para pendakwah, sebagai petunjuk dan penggalak dalam kehidupan setiap Muslim. Kesannya akan mendorong rajin beramal dan beribadat.



Jika perkara memberi manfaat kepada orang ramai, seolaholah mereka tidak mati lantaran pahala daripada amal yang dibuat semasa hidup itu terus kekal bagaikan air mengalir, meskipun amalannya telah terputus kerana kematiannya.

Hadis tersebut mendorong orang Islam jadi golongan paling rajin mengajar, mereka sedar adanya anugerah Allah SWT yang berterusan dengan pelbagai kelebihan mengajar itu.

Amalan anak Adam terputus dengan datangnya ajal. Namun berdasarkan hadis Nabi s.a.w., terdapat tiga perkara yang berkekalan pahalanya meskipun orang itu sudah meninggal dunia.

Pertama: Sedekah jariah, seperti mewakafkan harta untuk membina masjid, madrasah dan sebagainya. Untuk kepentingan masyarakat Islam beribadat dan menyebar ilmu Islam serta mendidik anak-anak supaya menjadi insan salih.

Ilmu

Selama binaan daripada wakaf jariah itu diguna pakai oleh masyarakat untuk kebajikan, selama itu pahalanya terus mengalir diterima oleh orang yang bersedekah jariah itu, meskipun setelah mereka meninggal dunia.

Kedua: Ilmu yang diajar dan dimanfaatkan dalam kehidupan mereka, khususnya ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengingatkan kepada hari akhirat. Malah apa jua ilmu yang mendatangkan faedah dalam kehidupan insan.

Ilmu tersebut jadi sumber pahala berterusan hingga ke hari kiamat, kepada orang yang mengajar selama ilmu itu bermanfaat kepada manusia dan pihak lain yang menerimanya.

Ketiga: Mempunyai anak salih sentiasa mendoakan baginya, sentiasa mengenang budi baik ibu bapanya dan menghormati mereka sejak kedua-duanya masih hidup, hingga mereka kembali ke rahmatullah.

Ciri anak yang salih ialah sentiasa berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, mendoakan kedua-duanya selepas solat atau waktu selainnya.

Doa untuk kesejahteraan ibu bapanya semasa hayat di dunia dan di alam barzah, mohon dihindar daripada azab kubur dan neraka, dan mohon dimasukkan ke dalam syurga.

Terdapat ayat Allah SWT yang berpesan agar anak-anak menghormati dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya.

Namun tiada ayat yang menyuruh ibu bapa menyayangi anak-anak, kerana Tuhan telah bekalkan naluri kasih sayang kepada setiap ibu bapa menyayangi anak-anak.

Tiada ibu bapa yang tidak menyayangi anak-anak mereka.

Jika ada, kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena pada ibu bapa berkenaan, sama ada dari segi jiwa atau mental. Kerana haiwan yang tidak berakal fikiran pun menyayangi anaknya.

Lazimnya tiada masalah kasih sayang daripada ibu bapa terhadap anaknya, sebaliknya yang bermasalah ialah di pihak anak kepada kedua-dua orang tuanya.

Anak telah dikandung oleh ibunya selama sembilan bulan, anak dalam kandungan itu dapat berkongsi rezeki dengan ibunya melalui tali pusat. Meskipun tali pusat itu dipotong, Allah SWT takdirkan kesan pusat itu dapat dilihat dengan nyata hingga bilabila saja. Tuhan tidak jadikan kesan tali pusat pada perut bayi itu berkeadaan licin, seperti kesan luka yang lain.

Tentu ada hikmahnya, sekurang-kurangnya untuk sang anak mengingat kembali hubungannya erat yang ditentukan oleh Allah SWT dengan ibunya semasa dalam kandungan dahulu.

Semoga dengan mengenang betapa erat hubungan dirinya dengan ibunya, akan menyedarkan mereka agar sentiasa berdoa kepada Tuhan, sebagaimana yang diajar oleh al- Quran, seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Surah Al-Isra ayat 24)

Meskipun ibu bapa telah menjaganya dengan memberi makan minum dan pakaian, tetapi Tuhan tidak menyebut tentang memberi makan minum. Sebaliknya doa itu menyebut agar Allah SWT mengasihani mereka sebagaimana ibu bapa telah mendidiknya semasa kecil dahulu.

Didikan

Ini menunjukkan bahawa didikan itu lebih bernilai kepada anak berbanding dengan makan minum. Sekadar beri makan, haiwan pun tahu memberi makan kepada anaknya hingga sanggup dirinya berlapar.

Yang membezakan kasih sayang ibu bapa kalangan manusia dengan kasih sayang haiwan, ialah manusia memberi didikan terhadap anak-anaknya.

Jika tugas ibu bapa hanya beri makan minum tetapi tidak beri didikan, maka tiada bezanya kasih sayang manusia dengan kasih sayang haiwan yang tidak berakal.

Didikan manusia bukan sekadar untuk mengenal ibu bapanya, tetapi mengenali Allah SWT sebagai Pencipta serta mengutus para nabi dan rasul untuk mengajar wahyu kepada manusia.

Seterusnya mendididik hingga tahu dosa dan pahala serta meyakini hari akhirat. Agar berusaha sebagaimana yang ditunjuk oleh para rasul, menghindari azab neraka dan berusaha mencapai kebahagiaan syurga.

Kerana jasa ibu bapa itu, maka Islam mewajibkan anak-anak menyayangi dan mendoakan kedua-dua ibu bapa mereka.

SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA ( NABI ADAM AS)


Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun,keadaanya masih kosong. di sini sudah terdapat banyak biji sawi putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama TABIRUNNASAR. Allah SWT berfirman kepada-Nya : " hai unggas tabirunnasar,makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu,engkau akan kumatikan."

Sang unggas pun memakan biji-bijian itu.Namun, cara memakannya diatur: pertama,sehari satu biji yang dimakan.Setelah semakin berkurang. maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh karena begitu takutnya terhadap kematian,maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun,akhirnya habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati.

Setelah kematian tersebut,Allah SWT menciptakan makhlik lain sebagai penghuni bumi, yaitu tujuh puluh orang laki-laki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya.Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptakan yang lain. Masing-masing dari mereka berumur 70.000 tahun.Konon,setahun pada masa itu sama dengan seribu tahun pada masa sekarang.Tatkala telah mati tujuh puluh lelaki itu, kemudian Allah ciptakan Jin.

Allah berfirman : "Dan Dia menciptakan jin dari nyala api. ( Q.S. 55 : 1 )

Sebagian dari jin-jin itu ada yang berkaki empat,berkaki dua, dan ada yang terbang. Kemudian Allah SWT mengutus salah satu seorang di antara mereka yang bernama Yusuf untuk memberika pengajaran ilmu dan syariat agama. Namun, jin-jin itu banyak yang mendustakan ajaran-ajaran tersebut yang menyebabkan Allah SWT mematikan semuanya. Penghuni bumi berikutnya adalah suatu makhluk yang berpasangan. Rupanya seperti binatang.Keluar dari dalam neraka.Binatang itu pun beranak, dan anaknya dinamakan dengan AZAZIL. Setelah cukup besar, Azazil mulai melakukan peribadatan kepada Allah SWT seribu tahun lamanya. Setelah itu, Allah SWT mengangkatnya ke langit pertama.Selama seribu tahun, di sini pun ia tekun beribadah. Allah SWT menganugerahkannya sayap yang terbuat dari manikan yang hijau. Dengan ijin-Nya maka terbanglah ia ke langit kedua.Seribu tahun lamanya pula ia beribadah. Demikianlah, pada tiap-tiap lapisan langit ia beribadah selama seribu tahun lamanya,hingga ke lapisan langit ketujuh.

Sementara itu, di bumi saat itu sudah ada penghuni lainnya, yaitu dari bangsa jin yang bernama JANNA. 70.000 tahun lamanya hingga lahir anak cucunya.Kata ahli tafsir yang lain, delapan belas ribu tahun mendiami bumi yang kemudian menjadi sombong dan kufur. Allah SWT pun mematikan janna. Sebagai gantinya adalah yang bernama BANUNAL JANNA. Ia mendiami bumi selama delapan belas ribu tahun lamanya. Ia juga dimatikan o;eh Allah SWT.

Sementara itu, di atas langit sana, Azazil bersama para Malaikat masih khusuk beribadah. Azazil menjadi penghulu para malaikat selama tujuh ribu tahun lamanya dalam beribadah. Hingga pada satu waktu, Azazil mengajukan suatu permohonan kepada Allah SWT, katanya : " Ya tuhanku,tujuh ribu tahn hamba-Mu ini berbuat kebaikan pada-Mu dalam tujuh lapis langit ini. Jikalau dianugerahkan oleh-Mu,hamba-Mu mohon hendak turun ke bawah ke langit keenam,berbuat kebaikan kepada-Mu."

"Pergilah engkau !", tegas Allah SWT.

Turunlah Azazil atau iblis itu bersama tujuh ratus Malaikat pengiringnya ke langit keenam.Setelah merasa cukup, ia pun memohon ijin lagi kepada Allah SWT agar diturunkan ke angit kelima. Di langit kelima pun ia memohon diturunkan ke langit yang di bawahnya, dan demikian seterusnya hingga sampai mereka di langit dunia.

Di langit dunia, Azazil atau iblis mengajukan suatu permohonan pula : " Ya Tuhankum, hambamu hendak memohon turun ke bumi dengan para malaikat. Bahwasanya hamba-Mu hendak beribadah kepadamu di bumi itu. Ya Tuhanku , betapa Bananul Janna telah banyak berbuat kerusakan di muka bumi.Anugerahkanlah atas hamba-Mu ini bersama para malaikat berbuat kebaikan ke hadirat-Mu di muka bumi itu."

Alla SWT pun mengabulkan permohona Azazil itu. Diturunkanlah ia bersama tujuh ratus Malaikat yang mengiringnya untuk beribadah di muka bumi, setelah sebelumnya Banunal Janna dimatikan karena banyak berbuat kerusakan.

Setelah delapan ribu tahun lamanya beribadah, Iblis mencoba mengemukakan ungkapan hatinya bahwa di muka bumi inilah ia begitu betahnya, dan tidak ada tempat lain yang membuatnya demikian betah.Dan memohon agar selamanya ia berada di muka bumi untuk berbakti kepada Allah SWT. Sampai pada satu waktu, Allah SWT berkehendak menurunkan suatu keterangan kepada Azazil,

firmannya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". (Q.S. 2: 30).

Mendengar firman tersebut, Iblis menjadi berduka, disebabkan dengkinya. Mereka (para Malaikat ) pun bertanya kepada Allah SWT mengenai siapa yang akan menjadi khalifah itu. " Adam namanya," jawab Allah SWT. Mereka berkata ,"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.

Allah SWT berfirman : " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui." (Q.S. 2 :30)

sumber: http://ahmiltelkom.blogspot.com

SIAPAKAH BIDADARI SYURGA?



Ahad 30 Oktober 2011

Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

AL-QURAN

  • Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
  • Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
  • Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
  • Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
  • Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
  • Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
  • Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
  • Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
  • Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)

HADITH

  • Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)
  • Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)
  • Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)
  • Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
  • Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.
  • Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.
  • Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)
  • Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
  • Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.
  • Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”
  • Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.


Sumber: Syahirul | Koleksi Bicara Agama Melayukini.net