Rabu, 13 Julai 2011

SUV pertama Proton?

WarkahDaily – Nampak garang dan mantap tapi inikah bakal kenderaan Sport Utility Vehicle (SUV) yang akan dikeluarkan syarikat automotif utama negara Proton tidak lama lagi. Sebelum ini kedengaran Proton bakal mengeluarkan kenderaan SUV tidak lama lagi.

Dipetik dari laman sembang-auto.com, gambar spy shot SUV Youngman hasil kerjasama syarikat automotif dari negara China dengan anak syarikat Proton iaitu Lotus Engineering. SUV tersebut mempunyai design cues MPV Exora terutamanya pada bahagian hadapan, menunjukkan kemungkinan ianya menggunakan platform Exora yang boleh diubah suai untuk SUV dan kenderaan sedan besar.


Jadi tak mustahil Proton akan menjadikan model SUV ini sebagai kenderaan keluarannya untuk pasaran tempatan dan jika ianya benar,kenderaan ini akan menjadi model SUV pertama Proton.

Kebarangkalian enjin Campro yang sinonim dengan Proton juga turut menjadi pilihan untuk model ini.

Campro CFE 1.6 turbo charged berkemungkinan menjadi pilihan untuk SUV Proton.

Tapi sampai bila Proton mahu guna enjin hanya berkapasiti 1.6 dan bukan 1.8 atau 2.0 agar bersesuaian dengan model kenderaan yang dikeluarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan