Jumaat, 1 Julai 2011

Penemuan Mengejutkan ..... Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika menciumnya


HHRS2.0 - Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka'bah, iaitu sudut dari mana Tawaf bermula. Hajar Aswad merupakan jenis batu 'RUBY' yang diturunkan oleh Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri daripada lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kucup, dicium dan diusap-usap oleh berjuta-juta bahkan milyaran manusia sejak Nabi Adam, iaitu jemaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahupun untuk tujuan Umrah.

Hadis Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu 'Abas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia boleh melihat dan boleh berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar ".

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan tawaf atau pada setiap pusingan, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Ertinya: "Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Kaabah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar".

ASAL - USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim as bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim as bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunan dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Kaabah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail as pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail as sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril as memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim as Nabi Ibrahim A.Ş. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim as bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail as Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Perhatikan Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: "HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby ​​syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya "

Dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.''(Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada saat Haji Di Baitullah tidak boleh diwakilkan, Ia menjadi penyedut Dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA berkata bahawa Rasul SAW bersabda:
"Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat ".

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudorat atau faedah, begitu juga dengan Kaabah, ia hanyalah bangunan yang diperbuat dari batu. Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam prosesi ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatabpun juga pernah mengatakan "Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu"

Jadi apa yang dilakukan berjuta juta umat islam, scientis muslim, dan orang-orang yang pandai bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dikatakan orang-orang yang picik sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar di sebalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (QS. An-Najm: 53) "

Allaaahu Akbar, Tiada Tuhan lagi Yang Berhak Disembah Selain Allah dan Saya (Penulis) Bersaksi bahawa Muhammad saw adalah Utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mula Detik Ini mari kita cuba berkelakuan sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya, sekalipun kita tidak memahami rahsia besar di sebaliknya.
(diterjemah dari situslakalaka)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan