Chechnya haramkan remaja ambil minuman tenaga
GROZNY 19 Julai – Para penduduk Chechnya bercadang untuk melarang penjualan minuman tenaga bukan alkohol seperti “Red Bull” kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah atas alasan ia berbahaya dan haram, kata pegawai kesihatan hari ini.Larangan tersebut merupakan sekatan terbaru pihak berkuasa di samping kedai-kedai hanya boleh menjual alkohol pada waktu pagi, restoran ditutup sepanjang bulan Ramadan serta wanita diwajibkan memakai tudung di dalam bangunan negeri.
“Minuman tenaga sama seperti arak yang akan memberi kesan buruk kepada kesihatan," kata Timbalan Menteri Kesihatan Chechnya, Rukman Bartiyev. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan