Kelebihan Bulan Sya'ban
01 July 2011
Nabi saw. banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban.Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i dan Ahmad. Dihasankan oleh Albani )
DILARANG berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (Hadis riwayat Abu Daud. Dihasankan oleh Albani )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan