Matlamat Berpuasa
30 July 2011
Matlamat puasa ialah TAQWA.Erti taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.
Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada perintah Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." (Al Baqarah: 183)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan