Ahad, 31 Julai 2011

Najib masuk HKL, bedah lutut hari ini

August 01, 2011
Najib dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.
KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Datuk Seri Najib Razak mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya hari ini.

Laporan Bernama Online menyebut, Perdana Menteri dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada pukul 10 malam.

Ketika mengadakan lawatan kerja ke Kedah Khamis lalu, Najib memberitahu pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu.

Menurut Najib, pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.

Kenapa masih pertikai acara tengok anak bulan?

Ahmad Baei Jaafar
Mungkin anda pernah berkata, kenapa nak bazirkan wang rakyat dengn pergi tengok anak bulan. Tentu banyak belanja; kos kenderaan, minyak dan makanan, padahal keputusannya sudah kita tahu.
Ada juga yang berkata, tengok anak bulan hanya syarat saja, sedangkan hari puasa atau raya sudah ditetapkan, tarikh itu tidak akan diubah kerana jika berlaku perubahan boleh merosakkan perancangan raya pada pihak kerajaan.
Tidak kurang juga yang berkata kenapa tidak ikut kelender sahaja, biasanya tepat. Dengan ini tidak banyak belanja.
Kata-kata ini lahir daripada mereka yang keliru dengan hukum Islam dan keputusan kerajaan. Sesetengah orang menyangka kerajaan ada kuasa sesegalanya. Malah mereka menyangka kerajaan yang buat keputusan dan ulama terpaksa ikut. Pandangan ini sebenarnya satu penghinaan terhadap kerajaan juga satu penghinaan terhadap ulama.
Sebenarnya dalam menentukan hari raya dan puasa telah dipersetujui satu kaedah yang menepati sunnah. Kaedah tersebut berbunyi, penentuan puasa dan raya berdasarkan rukyah dan hisab.
Hujah tersebut bersumberkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.
عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي (ص) قال: صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته، فإن غم عليكم فأكملوا عدة شعبان ثلاثين يوماً. رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah R.A: Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda: “Berpuasalah kamu setelah kamu melihat anak bulan (Ramadan), dan juga berbuka puasalah (beraya) kamu setelah melihat anak bulan (Syawal), sekiranya ia terlindung dari pandangan kamu, maka sempurnakan bilangan hari bagi bulan Syaaban itu sebanyak 30 hari ).” (Riwayat Bukhari da Muslim)
Menurut hadis tersebut Ramadan dan Syawal perlu ditentukan dengan melihat anak bulan. Tetapi apabila tidak kelihatan maka cukupkan Syaaban atau puasa sebanyak 30 hari. Ertinya anak bulan perlu dilihat pada hari 29. Namun untuk merealisasikan ini, kepakaran ilmu falak diperlukan kerana mereka inilah yang menentukan kedudukan anak bulan ternasuk waktu yang sepatutnya dilihat.
Walau bagaimanapun keadaan cuaca dan iklim di negara ini pada waktu ini tidak menentu dan keadaan ini menyukarkan anak bulan dilihat walaupun pada kiraan falak anak bulan boleh kelihatan, maka kaedah di atas ditambah seperti berikut, “jika mengikut perkiraan falak anak bulan boleh kelihatan tetapi secara rukyahnya tidak kelihatan maka pandangan falak diterima. Dan jika mengikut perkiraan falak anak bulan tidak boleh kelihatan, tetapi secara rukyah berjaya melihat anak bulan maka rukyah diambil kira.”
Berdasarkan itu, kalau anak bulan mengikut perkiraan ahli falak boleh nampak, maka esoknya sudah pasti berpuasa atau raya. Namun rombongan melihat anak bulan itu tetap wajib pergi untuk mengesahkan anak bulan boleh kelihatan. Tetapi jika mereka tidak nampak juga, maka perkiraan falak hendaklah dipakai.
Dalam keadaan lain pula kalau pada perkiraan falak anak bulan tidak boleh kelihatan kerana tidak cukup umur sebagai contoh, rombongan melihat anak bulan masih wajib pergi untuk melihat anak bulan pada hari 29. Mereka perlu mengesahkan sama ada nampak atau tidak. Jika dalam keadaan itu mereka boleh nampak anak bulan maka esoknya perlu puasa atau raya. Tetapi jika sebaliknya, tidak nampak anak bulan, maka esok adalah 30 Syaaban atau Ramadan.
Berdasarkan pengalaman dan kepakaran ahli falak sehingga ke hari ini yang mereka tidak pernah gagal dalam kajiannya, terutama dalam penentuan gerhana matahari dan bulan, juga penentuan wakut solat, maka kaedah dalam menentukan puasa dan raya boleh diterima pandangan falak.
Selain itu dengan kaedah ini juga mampu memberi peluang persiapan kepada umat Islam sama ada untuk berpuasa atau raya. Mereka tidak perlu lagi menunggu bila akan diistiharkan puasa atau raya. Sebagai asasnya mereka sudah boleh berpegang kepada pandangan falak.

LAGA ANGSA DI RUSIA

Jika masyarakat di Nusantara terkenal dengan tradisi laga ayam .... lain pula di Rusia, di musim dingin angsa biasanya menjadi lebih agresif.... mereka mengambil kesempatan melaga angsa sebagai hiburan .... laga angsa berbeza dengan laga ayam kerana ia melibatkan pertarungan berkumpulan dan tidak menyebabkan kecederaan serius seperti laga ayam....




Fakta pembentukan hujan dalam al-Quran



"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

Perhatikan isyarat yang Allah berikan melalui satu ayat............ betul betul satu ayat diatas yang menjelaskan proses terjadinya hujan, jauh sebelum kita mengenal ilmu pengetahuan moden.

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin..."
Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air menuju ke langit. Partikel-partikel ini, yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfera. Partikel-partikel ini, yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan wap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut "perangkap air".

“...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal..."
Awan-awan terbentuk dari wap air yang menjadi embun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Kerana air hujan sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.
"...lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya..."
Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu membeku dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

Maha Besar dan Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya, semua tahap pembentukan hujan betul betul telah diceritakan dengan berurutan dan secara jelas dalam ayat-ayat Al-Qur’an.

Sebagaimana fenomena-fenomena alam lain di bumi, Al-Qur’anlah yang menyediakan penjelasan yang paling dahulu mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta ini kepada orang-orang jauh ribuan tahun sebelum ditemui ilmu pengetahuan moden.menjelma

Sabtu, 30 Julai 2011

Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia

Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia - Kalau Anda ke perpustakaan yang ada di Chicago Unversity mungkin akan tercengang dengan 2 hal, pertama gedungnya yang berbentuk sebuah kubah dan memanfaatkan 100% sinar matahari sebagai sumber penerangan.

Kedua, anda pasti bingung, kok yang katanya perpustakaan tapi Anda tidak bisa menemukan satu buku pun di perpustakaan ini.

Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia


Disebut dengan Joe and Rika Mansueto Library, perpustakaan ini mungkin akan menjadi perpustakaan tercanggih saat ini karena semua koleksi buku mereka disimpan di dalam tanah. Sedangkan untuk meletakkan dan menaruh buku semuanya dikerjakan dengan komputer dan robot.

Tempat penyimpanan buku tersebut terletak di dalam tanah dengan tingggi ruangan setara dengan 5 lantai dan semua buku disimpan dalam rak raksasa. Totalnya ada sekitar 3,5 juta buku.

Semua buku disimpan dalam sebuah wadah yang bisa menyimpan 100 buku dan wadah tersebut (total 35.000 wadah) akan diletakkan di rak raksasa tersebut dimana sebuah robot akan mengambil dan meletakkan buku berdasarkan sistim barcode.

Untuk meminjam buku anda bisa melakukannya secara online melalui komputer dan buku akan keluar ke meja khusus dalam waktu sekitar 5 menit saja.

Cara ini tentu saja bukan hanya lebih mudah dalam hal meletakkan dan mengambil buku tetapi sekaligus bisa hemat ruang sehingga menurut si pembuat, gudang buku ini bisa menyimpan 7 kali lebih banyak dibandingkan perpustakaan dengan ukuran yang sama.

Keren? Tentu saja karena perpustakaan ini menghabiskan dana sekitar US$ 81 juta dollar (sekitar Rp. 800 milyar).

Ingin tahu kenapa nama perpustakaannya Joe and Rika Mansueto Library? Itu karena Joe Mansueto dan Rika Yoshida yang merupakan alumni dari Chicago University adalah yang menyumbang uang sebesar US$ 25 juta makanya untuk rasa "terima kasih", perpustakaan ini diberi nama dengan nama mereka.

Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia

Kifarat menginsafkan lelaki

Barangsiapa yang membatalkan puasa Ramadan dengan bersetubuh sama ada dengan memasukkan kesemua zakar ke dalam lubang sama ada faraj wanita atau dubur lelaki, atau hanya sekadar kepala hasyafah, wajib mengqada puasanya dan membayar denda yang dinamakan kifarat.
Sebenarnya, lelaki atau suami yang melakukan persetubuhan di siang hari sama ada dengan rela isteri atau tidak, wajib membayar denda dengan memerdekakan hamba mukmin yang sejahtera (tidak cacat) sama ada lelaki atau perempuan. Jika tidak mampu kerana sudah tidak ada hamba pada hari ini maka bolehlah dia melakukan puasa dua bulan berturut-turut.
Dalam hal ini jika puasanya rosak atau terbatal satu hari kerana sakit atau musafir maka wajib diulang semula dari awal. Tetapi kalau tidak mampu berpuasa kerana keuzuran yang boleh membawa kepada mati jika terus berpuasa, wajiblah baginya memberi makanan seperti beras sebanyak 60 cupak beras kepada 60 fakir atau miskin. Ini bermakna setiap seorang mendapat satu cupak.
Tetapi kalau denda ini juga tidak mampu dilakukan olehnya kerana kemiskinan dan sebagainya, maka kewajipan itu dianggap masih tertangguh dan wajib melaksanakannya apabila dia sudah ada kemampuan. Melihat kepada beratnya hukum dan denda ini, tentu tidak wajar seseorang lelaki atau suami melakukan persetubuhan pada waktu orang lain semuanya berpuasa.
Hukuman ini hanya terpakai kepada lelaki, tidak kepada pihak yang kena setubuhi. Perlu dijelaskan pihak yang kena setubuh ini termasuk haiwan. Maknanya kalau lelaki setubuhi kambing, maka lelaki itu tetap kena kifarat. Walau bagaimanapun lelaki seumpama ini boleh selamat daripada denda tersebut kalau sekiranya dia gila atau mati pada hari persetubuhan itu. Juga tidak dikenakan kifarat kalau dia lupa yang dia berpuasa, atau jahil tentang hukum larangan bersetubuh, atau dipaksa bersetubuh.
Bersetubuh tidak kena kifarat
  1. Orang yang tidak berniat puasa pada malamnya
  2. Orang yang musafir
  3. Orang yang sakit
  4. Dia menyangka masih malam (belum masuk wuktu imsak) atau syak waktu berbuka sudah masuk
  5. Orang yang membatalkan puasa selain daripada bersetubuh seperti makan dan minum

Golongan pertama hingga ke empat boleh tidak berpuasa. Jika mereka bersetubuh pada siangnya tidaklah menyebabkan mereka dikenakan kifarat. Tetapi kedudukan berbeza dengan golongan kelima, membatalkan puasa setelah berniat adalah berdosa. Dia wajib ganti selepas Ramadan. Namun kalau mereka bersetubuh tidak dikenakan kifarat. Jadi, jangan buat begitu kerana perbuatan itu termasuk dalam dosa.
Semoga kita dapat menjaga hukum Allah dengan baik.

Panduan untuk menjadi Isteri Solehah


Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

Matlamat Berpuasa

30 July 2011

Matlamat puasa ialah TAQWA.

Erti taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada perintah Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." (Al Baqarah: 183)

6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


Keempat : Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.


Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Petikan dari Murabbi Dot Net

Kekuatan Azan


Waktu bergerak dan terus berputar. Malam berganti dan siang kembali menjelang. Begitu seterusnya, hingga fasa alam dunia ini berakhir. Tentu, tidak ada yang bisa menahan gerak sunatulah-Nya ini. "Sungguh dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang berilmu." (Surah Ali Imran [3]: 190).

Tiap kali terjadi pergantian dari malam ke siang atau sebaliknya, maka bagi mereka yang beriman kepada Allah, pasti akan menyambutnya dengan panggilan solat. Saat peralihan dari malam ke siang bukankah kita disambut dengan solat Subuh. Saat peralihan dari siang ke malam kita disambut dengan solat Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak. Bahkan, pada tengah malam saat penghuni bumi terlelap dalam tidurnya, mereka para perindu-Nya berdiri menegakkan solat, rukuk, dan sujud ke hadrat Allah Rabbul 'Izzah.

Orang yang beriman pasti merindukan suara azan yang bersahutan dari berbagai masjid dan mushala. Kerana, tidak ada alunan suara yang berhenti memenuhi ruang semesta di negeri ini selain azan. Selama 24 jam, azan akan terus berkumandang bahkan menjelajah ke seluruh seantero bumi ini. Dari Papua hingga Aceh, terus berlanjutan hingga berbagai negara dan benua. Belum selesai kumandang azan Zuhur di Amerika, Azan Subuh sudah kembali menyapa Papua. Tanpa kita sedari, para muazin di seluruh dunia ini, tak henti-henti bersahutan mengumandangkan azan.

Suara azan Zuhur seolah meredam teriknya sinar sang suria. Suara azan Asar bercampur dengan sinar mentari yang menghangat dan tiupan angin yang sepoi. Suara azan Maghrib yang lantang, mengajak melepas penatnya hari. Suara azan Isyak, membawa kehangatan ketika malam mulai beranjak sejuk. Sementara suara azan Subuh memecah keheningan dan membangunkan kesedaran.

Semua panggilan azan ini bertujuan mengingatkan penghuni bumi yang beriman kepada Allah untuk tegak dengan solatnya. Mengingat Allah sebanyak-banyaknya dan mengajak manusia untuk tidak terlelap dan lupa pada kesibukan dan keasyikan dunia. Menyeru manusia untuk tidak tersesat dalam kegelapan dunia dan kepengepan akhirat.

Perhatikanlah lafaz-lafaz azan yang sering kita kumandangkan itu. Betapa tingginya kekuatan azan dan betapa indah kata-katanya. Kata-kata itu dengan seluruh kekuatannya terus-menerus mengingatkan kita akan palsunya segala tuntutan keduniawian. Di bumi dan di langit hanya ada satu Tuhan yang layak disembah dan diikuti ajaran-Nya.

Ketahuilah, azan bukan semata panggilan muazin, tetapi panggilan Allah kepada hamba-hamba pilihan-Nya. Cuba semak semula lafaz azan. Ternyata yang dipanggil "Hayya 'alash shalah" adalah yang bersyahadat. Ertinya, mereka yang telah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, tidak ada ajaran yang dapat membahagiakan kecuali ajaran yang dibawa utusan-Nya, Nabi Muhammad SAW. Mereka yang tidak bersyahadat tidak dipanggil.

Sementara panggilan itu dalam rangka "al-falaah," meraih kejayaan dunia akhirat. Inilah yang membuat orang-orang yang beriman selalu bahagia mendengar dan memenuhi panggilan setiap kumandang azan.
3 isu lazim dalam bulan Ramadan

Oleh: albangi

"Menjelang puasa Ramadan Al-Mubarak bulan Ogos ini, masyarakat Melayu Mulsim akan berdepan dengan 3 isu lazim yang kadang-kala membawa kepada pertengkaran yang tidak perlu.

Pertama, ada kelompok yang mahukan solat tarawikh dibuat sebanyak 8 rakaat dan 3 witir, manakala ada kelompok yang mahukan solat tarawikh 20 rakaat dan3 witir. Akibat perbezaan pendapat ini, maka ada orang dan kumpulan yang akan bermasam muka dalam isu ini sehingga memutuskan silarrahim.

Di Mesir, pernah berlaku pertengkaran dan pergaduhan yang hebat dalam kalangan orang Muslim mengenai solat tarawikh 8 rakaat atau 20 rakaat. Lantas apabila As-syahid Hassan Banna berhadapan dengan kemelut ini, beliau bertanya kepada kedua-dua kelompok ini: Apakah hukum solat tarawikh? dan apakah hukum memutuskan silaturrahim?

Mereka menjawab solat tarawikh itu sunat, manakala memutuskan silatarrahim lebih daripada 3 hari adalah haram.

Jelas bahawa yang wajib mesti lebih utama dari sunat. Dalam isu ini, sebenarnya terserah kepada individu Muslim untuk lakukan solat 8 rakaat atau 20 rakaat secara berjamaah di masjid dan surau sepanjang bulan puasa Ramadan.

Bagi pihak kerajaan yang mewajibkan semua masjid atau surau mesti lakukan 20 rakaat adalah suatu yang tidak bijaksana. Yang wajar ialah keputusan menentukan 8 atau 20 rakaat diserahkan kepada AJK Masjid atau Surau yang lebih arif akan latarbelakang kariah masing-masing.

Individu Muslim boleh buat keputusan dengan meneliti hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda bersabda yang maksudnya orang yang melakukan amalan yang wajib dalam bulan Ramadan akan diberikan pahala berpuluh kali berganda, manakala 0rang melakukan amalan sunat dalam bulan Ramadan akan diberikan pahala yang sama seperti pahala wajib. Maka wajarlah kita berebut mengutip pahala kebajikan dan hasanah dengan membanyakkan amalan sunat termasuk solat sunat. Kaedah menunaikan solat ini boleh dilakukan secara berjemaah dan boleh juga dilakukan secara individu. Ertinya kalau ada individu yang mahu solat sunat tarawikh atau solat malam dan bermunajat kepada Allah secara sendirian, maka ia tidak menjadi kesalah dan tidak harus dicemoh. Individu itu juga tidak harus rasa bersalah.

Apapun, sejarah solat tarawikh menunjukkan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat sunat (tarawikh) bersama para sahabat secara berjamaah dalam bulan Ramadan. Pernah para sahabat melihat Nabi s.a.w. melakukan beberapa bersolat dua rakaat selepas sunat Isya pada hari pertama Ramadan. Kemudian ada sahabat yang mengikut solat di belakang Nabi. Apabila masuk hari ke dan ke 3, semakin ramai sahabat yang turut solat sunat di belakang Nabi s.a.w. Pada hari-hari seterusnya, Nabi tidak lagi berada di masjid selepas solat sunat Isya kerana bimbang para sahabat akan menanggap solat sunat (tarawikh) itu adalah wajib atau mewajibkan diri mereka untuk berbuat demikian.

Tetapi di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq beliau menganjurkan solat sunat tarawikh 8 rakaat secara berjemaah bagi memakmurkan solat di bulan Ramadan untuk mengambil manfaat dan pahala kebajikan yang berganda.

Apabila Syaidina Omar Ibn-Khattab yang berada di Madinah ketika itu mendapati penduduk Mekah berbuat demikian dan menyedari meskipun penduduk Mekah melakukan solat 8 rakaat, pahala solat di Mekah beribu kali ganda, maka Syaidina Omar menganjurkan solat sunat tarawikh 20 rakaat bagi “mengejar’ pahala yang sama yang diterima oleh penduduk Mekah.

Kesimpulannya, sebagai Muslim dewasa, kita harus faham apa dan kenapa solat tarawikh itu dilakukan, dan kita tidak perlu bertengkar dan tidak perlu bermasam muka serta tidak perku memandang rendah atau memandang serong pada orang yang menunaikan solat tarawikh samada 8 atau 20 rakaat.

Isu lazim yang ke 2 ialah bacaan dalam solat dalam sunat tarawikh. Adakah bacaan dalam solat sunat tarawikh itu MESTI bacaan hafazan satu juzuk untuk setiap malam? Apakah ia satu keperluan? Apakah ia suatu amalan WAJIB?

Kalau tujuan membaca al Quran itu untuk menyemak bacaan, apakah mesti semakan hafazan dibuat dalam solat tarawikh sehingga solat itu menjadi panjang dan menyukarkan orang tua untuk berdiri terlalu lama dan membuat budak-budak muda tidak boleh bertahan lama dalam solat? Apakah semakan bacaan hafazan tidak boleh dibuat di luar solat dalam amalan tadarus hingga khatam al-Quran menjelang akhir Ramadan?

Bukankah Nabi s.a.w. pernah bersabda jika ada orang tua dan kanak-kanak bersolat bersama, maka imam hendaklah memendekkan solat?

Bukankah makna “tarawikh” itu rehat, dan kalau berdiri terlalu lama kerana mahu menghabiskan satu juzuk dai Quran setiap malam dalam solat tarawikh, maka ia bukan lagi “rehat”, tetapi menyulitkan orang jamaah solat tarawikh?

Maka tidak hairanlah, masjid dan surau penuh dalam minggu pertama Ramadan, berkurangan dalam minggu ke 2 dan ke 3, dan penuh semula pada minggu akhir Ramadan.

Kesimpulan dalam isu ke 2 ini ialah membaca al-Quran dalam bulan Ramadan adalah amalan sunat yang berganda pahalanya; membacanya hingga khatam lebih dari sekali juga adalah suatu yang mulia, tetapi usaha ini tidak mesti dibuat dalam solat tarawikh kerana ia boleh dibuat di luar solat khususnya jika ahli jamaah terdiri dari warga emas dan kanak-kanak.

Isu lazim ke 3 ialah imam muda yang hafiz Quran bawah umur 18 tahun menjadi imam dalam solat tarawikh atas alasan imam yang hafiz Quran ini akan dapat menghabiskan satu juzuk setiap malam dalam solat tarawikh. Kalau inilah tujuannya, maka masjid dan surau harus menilai semula tujuan ibadah sunat ini dan kaitannya dengan isu pertama dan isu ke 2.

Dari sudut hukum adalah tidak salah bagi imam hafiz bawah umur 18 tahun menjadi imam memimpin solat tarawikh, tetapi adalah lebih afdal imam hafiz yang lebih berusia menajdi imam di depan orang-orang tua dan lebih dewasa. Bagi sesetengah orang tua, mereka berasa lebih selesa berada dalam saf makmum di belakang imam hafiz yang sebaya mereka atau muda sedikit daripada usia mereka dan bukan di belakang imam yang kelihatan seperti budak atau kanak-kanak walaupun budak atau kanak-kanak itu adalah hafiz.

Kesimpulan dalam isu ke 3 ini ialah dalam menentukan imam untuk memimpin solat tarawikh, AJK Masjid dan Surau harus ambil kira demografik dan sosio-psikologi ahli kariah dan jamaah yang hadir agar perbezaan umur antara imam dan makmum tidak terlalu jauh tidak menjadikan makmum gusar dan tidak selesa dalam solat. Apakah keikhlasan diri untuk beribadah akan cair kerana merasa diri terpaksa dalam melakukan amalan sunat yang mulia in?

Atau apakah lebih baik dilakukan solat 4 rakaat (tarawikh) disusuli dengan tazkirah atau membaca alQuran beramai-ramai; kemudian pulang ke rumah, rehat, tidor dan kemudian bangun solat malam untuk bermunajat kepada Allah secara bersendirian, 1 dengan 1 bersama Allah? Kemudian membaca al-Quran sambil menunggu sahur dan kemudian, solat subuh berjamaah.

Wallahualam.

http://albangi.wordpress.com/2011/07/29/3-isu-lazim-dalam-bulan-ramadan/

Pengeboman Oslo Dan Konspirasi Knight Templar

temp.jpg (360×240)

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg, boleh jadi tidak menyangka. Negara yang dikenali sebagai Negara demokrasi yang terbaik di dunia itu tiba-tiba berubah mencekam. Jumaat 22 / 7, salah seorang warga Norway melakukan aksi gila dengan membunuh 93 warga Negara Scandinavia itu: 86 diberondong di pulau, selebihnya meregang nyawa dalam letupan bom kereta di luar bangunan kerajaan di pusat bandar Oslo.

Adalah Anders Behring Breivik, lelaki perang berumur 32 tahun yang menaruh rasa benci kepada umat Islam. Ia ditangkap pihak polis Norway selepas aksi sadis di Pulau berdarah dan mengaku bahawa dirinya ada di sebalik aksi brutal itu. Lantas apa hubungan antara sikap permusuhannya terhadap Islam dengan warga Norway yang majoriti Kristian? Rupanya, ia menilai Eropah telah gagal dan mengkhianati warisan luhur Kristian dengan murtad dari agama Kristus dan memeluk agama baru bernama Multikulturalisme.

Ia juga marah kepada Eropah. Benua ini dinilainya sebagai daratan penampungan para migran Islam dan telah membiarkan terjadinya proses Islamisasi di benua biru itu. Ya sebuah situasi antiklimaks bagi Eropah. Gagasan Barat yang menggalakkan keamanan dunia lewat jalan multikulturalisme dan pencampuran agama-agama mendapat cabaran baru terhadap apa yang kita sebut dengan kumpulan pengganas Kristian. Ya stigma 'pengganas' yang selama ini selalu disematkan kepada kaum muslimin, tanpa cek apalagi cross check.

Namun pertanyaannya betulkah ini adalah sebuah aksi yang murni dilakukan Anders Breivik seorang? Dan apakah betul Breivik adalah seorang Kristian sejati dengan aksi biadabnya membunuh 93 warga Negara Norway yang majoriti Krsten? Kita perlu berbincang tentang itu.

Ada fakta menarik terungkap saat satu demi satu jatidiri Breivik mula terendus ke muka awam. Selama menjalani soal siasat, Breivik mendakwa diri sebagai Ordo Ksatria Kristian peringkat Antarabangsa yang ditugaskan untuk melakukan perlawanan terhadap kaum muslimin. Ia mengaku menjalankan titah Suci sebagai pengikut Kristian untuk menjaga moral Kristian. Jika anda pernah menonton Film Agora, peranan Breivik layaknya Parabolani yang menjaga warisan Kristian Alexandria untuk tidak tercemar oleh ajaran lain pada tempoh abad 4-M, beberapa tahun selepas tuduhan Majlis Nicea, pada 325 M.


Foto Breivik Memakai Kostum Freemason

Namun kes Breivik sangat berbeza. Ia memang mengaku pengikut ajaran Kristian, tapi tidak menolak keyakinan Freemasons. Bahkan ia cenderung terhadap kumpulan konspiratif Yahudi itu. Fotonya yang memakai jaket anti air dan menyandang senjata api automatik, yang muncul dalam video anti-Muslim berdurasi 12 minit dan diberi judul "Knights Templar 2083" menjadi bukti kuat bahawa Ordo yang ia maksud dalam intergoasi itu adalah Knight Templar, ya dengan jelmaan baru.


Jika anda masih ingat sejarah tentera Salib, maka sebuah Ordo ini yang sangat terjanal disebut dengan nama The Knights Templar. Menurut Harun Yahya, dalam bukunya Ancaman Global Freemasonry, Para Templar, atau lengkapnya, Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman, dibentuk pada tahun 1118, dua puluh tahun selepas tentera salib merampas Jerusalem.

Pengasas aliran ini adalah dua ksatria Perancis, Hugh de Payens dan Godfrey de St. Omer. Berawal dari sembilan ahli, aliran ini terus berkembang. Nama kuil Sulaiman digunakan kemudian kerana mereka membina pangkalan di gunung kuil, yakni lokasi runtuhan kuil tersebut. Di sini pula berdiri Dome of the Rock (Qubah As-Sakhrah).

Aliran ini kemudian mendapatkan restu dari uskup agung Warmund dari Jerusalem. Sejak tahun 1140 mereka lebih dikenali dengan nama Templar. Sejatinya tujuan mereka membina kembali Haikal Sulaiman yang dihancurkan oleh raja Chosroe dari Parsi pada tahun 610, dan menghidupkan kembali ajaran kepercayaan Kabbala di Palestin. Namun peranan lobi Order ini ditubuh kerajaan sangat kuat. Salah satu pelakon yang memainkan peranan itu adalah Reynald de Chatillon. Seorang agen Yahudi yang kerap memprovokasi umat Kristian menentang Islam. Sejatinya, Islam adalah agama yang akan menjadi batu sandungan dalam memuluskan cita-cita mereka membina Haikal Sulaiman.

Dalam Film Kingdom of Heaven, digambarkan Reynald de Chatillon sebagai orang yang picik lagi sadis. Beliau pernah menyerang rombongan umat muslimin, tanpa izin dan perintah dari Raja Baldwin IV. Secara sadis dan tanpa aba-aba, Reynald de Chatillon dan menghabisi Konvoi umat Islam di padang pasir. Mereka diserang, dibunuh, dan mayatnya dibiarkan bergelimpangan.
Tiba-tiba Raja Baldwin IV berang mendengar kejadian itu kerana mereka mempunyai perjanjian damai dengan Salahuddin Al Ayyubi. Reynald de Chatillon langsung dihukum penjara oleh Raja Baldwin, namun kerana mempunyai hubungan khusus dengan menantu raja, Guy de Lusignan, Reynald kemudian dilepaskan.

Raja Baldwin IV yang sedikit mempunyai toleransi dengan kaum non Kristian, membuatnya sosok yang tidak disukai oleh Reynald de Chatillon. Maka itu ketika mendengar khabar bahawa Raja Baldwin IV meninggal, Reynald adalah salah satu orang yang menyambut gembira khabar itu sebagai sebuah kabar baik. Lebih-lebih ketika tampuk raja beralih ke Guy de Lusignan. Disinilah nafsu kebencian Reynald kepada kaum muslimin dapat tersalurkan. Guy yang juga dikenali sosok picik, haus darah, dan seorang Kristian pembenci umat Islam menjadi rakan sejati bagi Reynald de Chatillon. Maka kloplah duet duo Kristian-Yahudi ini dalam rangka memusuhi Islam.

Guy, dengan bantuan Reynald, kemudian menyulut peperangan dengan umat Islam dengan membunuh adik perempuan Shalahuddin Al Ayyubi, juga beberapa warga Muslim dan utusan Salahuddin yang datang kepadanya. Bersama pasukan Ksatria Templar, Guy keluar dari kota Jerusalem ke gurun pasir untuk menyerang Salahuddin, tanpa memikirkan pentingnya faktor persediaan makan dan minuman. Akibatnya, pasukan Muslim dengan mudah boleh mengalahkan tentera Salib Templar yang telah lemah dan kelelahan itu, di mana pertempuran itu dikenali sebagai Perang Hattin. Raja Guy dan Raynald ditangkap dan kemudian dihukum penggal oleh Shalahuddin, yang kemudian bergerak bersama pasukannya ke Jerusalem.

Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici, Jelmaan Knights Templar Baru?
Sejatinya, Para Templar menyebut dirinya "tentera miskin", tetapi dalam masa yang singkat mereka menjadi sangat makmur. Mereka mengawal penuh para penziarah Kristian yang berdatangan dari Eropah ke Palestin, dan menjadi sangat kaya dari wang para penziarah tersebut. Mereka pula yang pertama kali menyelenggarakan sistem cek dan kredit, menyerupai yang ada pada sebuah bank saat ini. Menurut penulis Inggeris, Michael Baigent dan Richard Leigh, mereka membangun semacam kapitalisme abad pertengahan, dan merintis jalan menuju perbankan moden dengan transaksi mereka yang berasaskan bunga.

Namun persoalannya tidak saja pada faktor ekonomi. Para Ksatria Templar sejatinya adalah seorang pengikut paganisme sejati, yang bertentangan pada domain teologi Kristian. Maka daripada itu, pada perkembangannya kedok mereka menyelinap di tubuh Kristian mulai terkuat ke permukaan. Ordo templar sedikit demi sedikit "tertangkap basah" menyeleweng dari iman Kristian. Saat di Jerusalem, mereka telah mengambil sejumlah doktrin mistik yang asing dan mengadakan ritual-ritual aneh untuk memberi bentuk pada doktrin mereka.

Dan kini kita pun boleh menduga, bahawa Breivik adalah pelakon yang digerakkan oleh Freemason Norway. Atau memang ini adalah Knight Templar jilid baru? Sebab dalam laporan laman berita Norway, www.dagbladet.no yang berjudul "skulle drepe 4848 nordmenn", aliran tempat Breivik beranaung bernama lengkap "Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici" atau singkat menjadi PCCTS.

Dalam catatannya, Order ini berada di London pada bulan April 2002 sebagai sebuah manifestasi ulang dari tatanan Perang Salib abad kedua belas. Organisasi ini ditubuhkan untuk mengambil kawalan politik dan ketenteraan dari Eropah Barat, dengan anggotanya yang dikenali sebagai milisi perang Salib. Menurut laporan di dagladet.no, PCCTS ditubuhkan oleh sembilan orang (jumlah yang sama seperti Knight Templars), yakni terdiri dari dua orang Inggeris, seorang Perancis, seorang Jerman, seorang Belanda, seorang Yunani, Rusia, seorang Norway, dan Serbia. Inisiator utama nampaknya adalah Serbia, dimana Breivik mengaku telah melawat Liberia dan telah menyatakan dirinya pahlawan perang di PCCTS. Sebuah fakta menarik.

Dokumen Knight Templars 2083 Milik Breivik

Apakah PCCTS betul-betul sebuah milisi Templar jilid II yang menjadikan sikap "lembek" Eropah yang membiarkan pendatang muslim menyerbu Eropah sebagai personifikasi Raja Baldwin IV yang baru? Dan apakah Breivik adalah perwujudan dari Reynald de Chatillon yang dipenjara kerana aksinya membunuh warga tidak berdosa dan membenci umat Islam? Dan kalaulah memang setting itu berjalan, siapakah Guy de Lusignan yang akan membebaskan Breivik nantinya? Ini hanya mahkamah dagelan saja. Sama seperti kes Geert Wilders, yang kemudian dibebaskan setelah melukai hati umat Islam Eropah. Ya tokoh Belanda yang juga dikagumi Breivik itu.

Ramadhan bulan hidayah

Syaaban 1432H. [MOD] -
Perutusan Ramadhan.

Firman Allah SWT :

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti.

Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT :

اهدنا الصراط المستقيم

Yang bermaksud : “Tunjukilah kami jalan yang lurus..” – Surah al-Fatihah, ayat 6

Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT :

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Yang bermaksud : (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – Surah al-Fatihah, ayat 7

Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :

مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya..” – Surah an-Nisa’, ayat 69

Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT. Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.

Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup. Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam. Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah. Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur.

Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.

Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.

Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.

Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.


YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Jumaat, 29 Julai 2011

SEKITAR PEMANDANGAN TAMAN DI ATAS BUMBUNG BANGUNAN


Taman Tergantung Babylon mungkin menjadi inspirasi para arkitek untuk membina taman di atas bumbung bangunan. Walaubagaimana pun pembinaan taman di atas bumbung bangunan sekarang adalah atas keperluan lain seperti mengharmonikan dengan alam sekitar dan mewujudkan suasana yang nyaman ....

1. Waldspirale

Waldspirale merupakan sebuah apartemen di Darmstadt, Jerman, dibina pada tahun 1990-an. Namanya bererti spiral berpohon, merefleksikan plan dari bangunan itu dan juga memiliki taman di atas bumbungnya. Arkiteknya Heinz M. Springmann, bangunan ini siap dibina tahun 2000.

2. California Academy of the Sciences

Rana Creek, nursery yang membina taman di atas bumbung Akademi, dengan inovatif membuat agar tanaman dan tanahnya tidak gelongsor dari lerengnya.

3. Roof Garden on Fifth Ave

Ini adalah taman di sebuah bangunan di Fifth Ave, New York City. Kononnya satu adegan filem spiderman bersama kekasihnya diambil di lokasi ini.

4. Taman di Atas Bangunan 40th Story HDB

5. Singapore School of Art and Design





4. Ghibli Museum di Tokyo, Jepun.

5. ACROS Fukoka Building, Jepang

6. Taman di Atas Atap Lantai Enam St. Luke’s International Hospital di Akashi, Tokyo

7. Taman di Atap Penthouse di New York

Ini adalah salah satu contoh bumbung bangunan orang-orang kaya di New York.

8. Taman di Atas Atap Bangunan Spa

Embarcadero section di San Francisco.

9. Battery Park City Solaire

The Solaire, salah satu blok pemukiman di New York yang dibina dengan berkonsepkan mesra alam.

10. City Hall building di Chicago

Untuk menjimatkan tenaga dan kos pendingin udara ruangan ketika musim panas, taman hijau dibinakan di atas bangunan City Hall Chicago.


10. The Australian Parliament Building di Canberra

Bangunan parlimen Australia ini dibina dengan atapnya yang hijau.

11. Atap Hijau Terluas di Dunia di Pabrik Ford
The Ford Motors Rouge Factory, didesain oleh Bill McDonough, merupakan bumbung hijau terluas di dunia yang luasnya mencapai 454 ribu kaki persegi.