Isnin, 3 September 2012

Sultan Brunei hadiri majlis perundingan tahunan 

Selasa 4 sept.2012



SULTAN Hassanal Bolkiah (dua dari kanan) tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang untuk menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam di Putrajaya semalam.



KEBERANGKATAN TIBA. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia semalam bagi menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam ke-16 selama dua hari di Putrajaya.Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan, pemimpin kedua-dua negara dijadual membincangkan kemajuan kerjasama yang sedang berlangsung dan meninjau potensi baharu bagi mempertingkatkan perkongsian yang dapat memanfaat rakyat Malaysia dan Brunei.Perundingan itu juga merupakan acara paling penting dalam takwim tahunan kedua-dua negara yang menjadi mekanisme bagi perbincangan meliputi pelbagai isu kepentingan bersama bilateral, serantau dan global.
kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan