Morsi bidas Syria dalam sidang NAM
Sabtu 01 Sep 2012 |
(Morsi bertemu Ahmedinajed di sidang kemuncak NAM)
TEHRAN: Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata ia merupakan "satu tanggungjawab etika" untuk menyokong rakyat Syria menentang "rejim yang menindas rakyatnya".
Ucapannya pada sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) di Tehran Khamis lalu menyebabkan wakil Syria keluar dari dewan persidangan sebagai tanda protes.
"Sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Syria yang menentang rejim yang menindas yang telah hilang kesahan memerintah adalah satu tanggungjawab etika kerana ia adalah keperluan politik dan keperluan strategik," kata Morsi.
"Kita semua perlu menyuarakan sokongan padu kita terhadap perjuangan mereka yang menuntut kebebasan dan keadilan di Syria, dan menterjemahkan rasa simpati ini ke dalam wawasan politik yang jelas yang mendokong peralihan pemerintahan secara damai kepada sistem demokrasi yang mencerminkan tuntutan rakyat Syria yang inginkan kebebasan."
Ucapan beliau mencetuskan protes oleh delegasi Syria dengan keluar dari dewan persidangan.
Menteri Luar Syria Walid Muallem berkata ucapan Morsi "menyokong pertumpahan darah yang berterusan di Syria".
Wartawan Al Jazeera, Imran Imran yang melaporkan dari sidang kemuncak NAM berkata: "Komen Morsi telah menyebabkan perasaan yang tidak menyenangkan, terutama bagi Iran yang rapat dengan Syria."
Lawatan Morsi ke Iran adalah lawatan yang pertama oleh pemimpin Mesir sejak 1979.
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 oleh negara-negara yang mahu mengimbangi dominasi Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dingin.
Ia bermesyuarat sekali setiap tiga tahun tetapi kerelevanan NAM di peringkat antarabangsa telah makin berkurangan dengan begitu ketara setelah berakhirnya Perang Dingin dan kejatuhan Kesatuan Soviet.
Krisis di Syria adalah salah satu agenda untuk sidang kemuncak dua hari tersebut, di samping isu hak asasi manusia dan senjata nuklear.
Sumber Al Jazeera

Tiada ulasan:
Catat Ulasan