Selasa, 11 September 2012

Malindo Airways Tawar Penerbangan Tambang Murah Baru 
 Rabu 12 Sept.2012
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menerima cenderahati berupa replika pesawat Malindo Airways dari Ketua Pengarah Pt. Lion Grup, Rusdi Kirana (kiri) selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian (MoU) antara National Aerospace and Industri (NADI) Sdn Bhd dan PT Lion Grup di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan, Selangor, Selasa. -foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan syarikat penerbangan tambang murah baru yang dikenali sebagai Malindo Airways.
Najib berkata, syarikat penerbangan itu, adalah hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.
Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.
"Pada pendapat saya, akronim MALINDO - gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.
"Daripada segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya," kata Najib selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat itu di sini.
Sumber mstaronline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan