Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Sabtu 8 Sept.2012
1. Berzikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19,Surah as-Syura bermaksud:“Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
2. Ayat 1 - 5 (Surah Taha). Ayat inilah yg Umar al-KhaththabR.A mendengar sehingga beliau masuk Islam. Pada ketika itu, Umar yang terkenal dgn sifat bengis dan berani menjadi lembut dengar ayat ini. Baca doa ini 3x dan dan kemudian baca doa Nabi Daud: Ya Allah lembutkan hati anakku/suamiku sebagaimana engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. Kemudian dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Jika anak masih menyusu, hembuskan pada susu. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak/suami sedang tidur nyenyak.
Taa. Haa.
Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Sumber: khasiatquran2u.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan