Hijau dan putih warna kegemaran Rasulullah
Rabu, 20 Mac , 2013
Selama ini mungkin kita
hanya mengetahui bahawa Rasulullah atau Islam beridentiti dengan warna
hijau. Sebenarnya apakah warna kegemaran Rasulullah Muhammad saw?
Annas bin Malik mengatakan, "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau."
Namun selain itu Rasul
juga menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad saw
pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati,kelabu dan warna
campuran.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya 'Ulumiddin berkata: "Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih."
Ibnu Hajjar dalam
Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai
pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna
hijau adalah afdhal daripada warna yang lain, sesudah putih. "
Ibnu Ady meriwayatkan
dari Jabir ra yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban
hitam yang dipakainya pada hari raya ..."
Al Baihaqi
meriwayatkan hadis daripada Jabir ra katanya: "Pernah Rasulullah saw
berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat."
Al-Bukhari
meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata: "Pernah Nabi saw keluar
dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu."
Imam Bukhari
meriwayatkan hadis dari Anas ra, beliau pernah melihat: "Nabi saw
menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya."
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan