Ekspo Kelantan 2013 'bawa' Kelantan ke KL
|
Ahad 17 Mac 2013 |
Dengan kata lain, expo ini sebagai langkah kerajaan negeri mengetengahkan bukan sahaja budaya, malah keseluruhan tentang negeri ini termasuk ekonomi, pembangunan dan sosial kepada masyarakat di luar Kelantan.
Melalui ekspo ini juga, masyarakat luar Kelantan boleh mengenali wajah sebenar Kelantan yang mungkin berbeza dengan apa yang pernah mereka dengar dan lihat melalui laporan akhbar dan media arus perdana.
Dalam ekspo ini sebanyak 80 gerai pameran dan jualan disediakan untuk pengunjung.
(Ribuan hadirin mendengar uacapan perasmian TG Nik Aziz malam tadi)
Pameran utama pula melibatkan agensi dan jabatan di bawah kerajaan negeri, syariakt berstatus korporat Kelantan dan juga promosi jualan produk usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kelantan.
Expo ini juga turut menyajikan maklumat berkenaan perkembangan Islam di Kelantan disamping, promosi pelancongan dan pesta makanan tradisional kebanggan negeri itu.
Selain pameran, persembahan kesenian kebudayaan Kelantan turut disajikan kepada pengunjung.
Antaranya, pertunjukan Silat Tongkat, permainan Gasing Terbang, persembahan Dikir Barat serta permainan yang sedang berkembang di Kelantan iaitu kapal terbang kawalan jauh.
Malam tadi pula berlangsungnya acara perasmian program itu oleh Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan kehadiran ribuan pengunjung memenuhi ruang khemah dan sekitar perkarangan Karangkraf di sini.
(TG Nik Aziz menandatangani kad keahlian The Red Warriors Kuala Lumpur dengan nombor keahlian 55)
Tuan Guru juga turut dibawa melawat booth pameran dan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat yang hadir.
Turut hadir pada majlis malam tadi exco-exco kerajaan negeri yang lain, wakil kerajaan negeri Selangor Dr Abdul Rani Osman serta wakil PAS Pusat Dr Hatta Ramli
Expo kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) dan Karangkraf ini bagaimanapun bakal melabuhkan tirai hari ini.
harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan