Berwuduk mampu hindarkan penyakit
Ahad 17 Mac,2013
Pintu masuk kotoran ke
dalam tubuh, salah satunya adalah melalui lubang hidung. Berbagai
kotoran dan debu yang beterbangan dan tidak terlihat oleh mata, boleh
tersedut masuk ke dalam hidung. Ditambah dengan pencemaran udara yang
disebabkan oleh asap kenderaan bermotor. Hal ini boleh menyebabkan
kesihatan terganggu. Kerana itu, sebaiknya kita sentiasa menjaga
kebersihan hidung dengan cara membersihkannya menggunakan air, iaitu
memasukkannya (menghirup) ke dalam hidung kemudian dikeluarkan kembali.
Dalam wudhu disunatkan
menghirup air dari hidung dan dikeluarkan melalui mulut. Cara ini adalah
cara efektif ISPA (Jangkitan Saluran Pernafasan Akut), TBC, dan kanser
secara awal.
Dalam kajian yang
dilakukan Muhammad Salim, tentang manfaat kesihatan wudhu, dijelaskan
bahawa berwudhu dengan cara yang baik dan benar, maka tubuh seseorang
akan terhindar dari segala penyakit. "Sesungguhnya cara berwudhu yang
baik adalah bermula dengan membasuh tangan lalu berkumur-kumur, kemudian
mengambil air dan menghirupnya ke dalam hidung lalu mengeluarkannya.
Langkah ini dilakukan sebanyak tiga kali dan seterusnya. "
Berdasarkan analisisnya,
bagi orang yang tidak berwudukwarna hidung mereka pudar dan berminyak.
Terdapat banyak kotoran dan debu. Ditambahkanya, rongga hidung mereka
itu mempunyai permukaan yang melekit dan berwarna gelap. Adapun
orang-orang yang teratur dalam berwudhu, jelas Salim, permukaan rongga
hidungnya tampak cemerlang, bersih, dan tidak berdebu.
Selain itu, kata dia,
jumlah kuman tampak lebih banyak terdapat pada rongga hidung orang yang
tidak berwudhu dan itu menjadi tempat pertumbuhan kuman penyakit.
Keadaan tersebut akan mempercepatkan pertumbuhan dan penularan penyakit
lainnya.
Sementara itu, orang
yang sentiasa berwuduk, maka hidung mereka kelihatan bersih dari kotoran
dan pertumbuhan mikroorganisma relatif tidak ada.
Penelitian Muhammad
Salim ini juga menjelaskan, bahawa orang yang berwudhu dengan memasukkan
air ke dalam rongga hidungnya, walaupun hanya sekali, maka hal itu
boleh membersihkan hidung dari separuh penyakit.
Terangnya lagi, bila
memasukkan air ke dalam rongga hidung sebanyak dua kali, maka dapat
menambah pertiga kebersihan. Kemudian, jika memasukkan air sebanyak tiga
kali, maka hidung benar-benar bersih dari kuman.
Dari hal yang tampaknya
kecil dan bahkan dipandang ringan, ternyata wudhu mengandungi hikmah
yang sangat besar manfaatnya bagi kesihatan seseorang. Rasul SAW
bersabda: "Sempurnakan wudhu, lakukan istinsyaq, iaitu memasukkan air ke
dalam lubang hidung, kecuali jika kamu berpuasa."
Secara ilmiah telah
dibuktikan, besarnya manfaat yang boleh dipetik dari wudhu, terutama
dalam hal membersihkan lubang hidung. Logiknya, apabila sekali berwudhu
dan melakukan istinsyaq, maka hal itu dapat menjaga kebersihan hidung
hingga 3-5 jam. Dan bila kotor lagi, maka boleh dibersihkan dengan wudhu
berikutnya.
Lebih tegas lagi,
Muhammad Salim menjelaskan, orang yang rajin berwuduk dengan melakukan
istinsyaq dan istintsar (mengeluarkan air dari hidung), kemudian
melanjutkannya dengan mendirikan solat, maka hal itu dapat menghilangkan
11 kuman penyakit berbahaya yang ada di dalam lubang hidung, terutama
dalam hal gangguan pernafasan, radang paru-paru, panas rumatik, penyakit
rongga hidung, dan lain-lain. Sebaliknya, orang yang tidak berwudhu,
akan lebih mudah terkena penyakit gangguan pernafasan.
Prof Hembing menambah,
hidung merupakan reseptor penciuman (sel-sel olfaktoris) yang lebih peka
daripada reseptor pengecap (lidah). Disebutkan, hidung mampu membezakan
lebih dari 10 ribu macam bau-bauan.
Saluran nafas atau deria
bau terdapat di hidung pada lapisan selaput lendir. Indera ini dapat
menerima rangsangan berupa bau atau oflaksi oleh sel pembau. Sel pembau
mempunyai hujung-hujung berupa rambut halus, yang dihubungkan dengan
urat saraf melalui tulang saringan dan bersatu menjadi urat saraf
elfektori menuju pusat pencium bau di otak. Indera ini dapat membantu
indera pengecap (lidah) menaikkan selera makan.
Dan bila seseorang
terkena influenza (selsema dan flu), maka deria bau akan mengalami
gangguan dan akan kurang mampu dalam menerima rangsangan bau. Selain
itu, akan berkurang pula selera makannya.
Hembing menambah, hidung
boleh menjadi alat penapisan. Di dalam rongga hidung terdapat
rambut-rambut yang berfungsi menapis habuk-habuk yang akan masuk ke
dalam hidung bersama dengan udara. Adanya indera pembau dalam rongga
hidung boleh menyebabkan gas yang tidak enak baunya dan tidak berguna
bagi tubuh akan dapat dielakkan.
Selain itu, tambahnya,
hidung juga berfungsi sebagai alat cair. Adanya konka yang permukaannya
banyak mempunyai kapilari darah yang menyebabkan udara masuk melalui
rongga hidung akan dihangatkan.
Ia menambah, banyak
manfaat yang dapat dipetik dari ber-istinsyaq danistintsar ini. Setiap
kali orang membersihkan dan membasuh hidung, maka kuman penyakit seperti
sinusitis, influenza (selsema dan flu), bronchitis, dan lain akan
hilang. Dan faedah yang boleh diambil dari membasuh hidung ini mempunyai
makna ganda, yakni untuk kesihatan fizikal dan kesihatan jiwa.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan