Rabu, 18 April 2012

Universiti Limkokwing reka sejadah idea Nik Aziz

, Rabu 18 Apr 2012
Universiti Limkokwing menyerahkan 1,000 keping sejadah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk dihadiahkan kepada beberapa buah surau dan masjid.

Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu.

(Tok Guru Nik Aziz menerima cenderamata sejadah yang direka bentuk oleh Limkokwing Universiti.)

Ia dibuat sempena majlis perasmian Kelantan Design dan Branding Exhibition.

Program yang meliputi beberapa program termasuk seminar, bicara, pameran ini kerjasama antara kerajaan negeri dan Universiti Limkokwing.

Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Syam, berkata sejadah dihasilkan berikutan idea Tuan Guru sendiri.

“Sewaktu Tuan Guru melawat Limkokwing, tok guru berkata, kenapa bahagian design tidak mereka sejadah, sebab sejadah yang ada di pasaran begitu berkecamuk rekabentuknya.

"Keadaan itu membuatkan kita tidak khusyuk sewaktu bersolat, kata Tuan Guru,”ujarnya.

Sambungnya, ekoran idea itu, pihaknya mula menghasilkan sejadah.

Pada majlis itu juga Tuan Guru turut memilik rekabentuk sejadah serta warna pilihannya sendiri yang akhirnya dihadiahkan oleh pihak Universiti Limkokwing pada majlis petang tadi.

Limkokwing akan membuka peluang pengajian pada rakyat di negeri itu bermula pendaftarannya Mei ini.

Tuan Guru berkata, memandangkan kerajaan negeri mementingkan pendidikan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan kerjasama untuk bidang pendidikan dengan universiti tersebut.

Seluas 20 ekar tanah di Machang telah dikenal pasti untuk pembinaan universiti itu tidak lama lagi.

Turut berucap pada majlis itu, timbalan exco kerajaan negeri, Zulkifli Mamat.

Sumber:harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan