Arab Saudi adalah pengkhianat Islam yang sebenar
Jumaat 20 April,2012
"Mengapa para pegawai Arab Saudi berdiam diri di saat tentera Israel melakukan kebiadabannya dalam perjanjian rahsia Arab Saudi dan Israel iaitu masalah projek jambatan dari pulau Tiran? Lebih-lebih lagi setelah sejumlah pengkaji menyatakan adanya sumber minyak di pulau Tiran dan Sanafir.
Negara-negara Arab hingga kini tetap berdiam diri ketika menjalankan propaganda strategi asing berkaitan kunjungan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke pulau Abu Musa, Iran, Teluk Parsi.
Keterangannya jelas, sebab para pemimpin Arab tetap berdiam diri dan mengunci mulutnya mengenai pendudukan Israel atas kepulauan Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi.
Sementara itu berkaitan tiga pulau milik Iran, enam negara Teluk Arab akan bermesyuarat di ibu kota Saudi, Riyadh,bagi membahas pemilikan ketiga-tiga pulau yang dituntut oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Gulf News Jumaat, 13/04/12 lalu.
Para menteri luar negeri dari anggota Dewan Kerja sama Teluk (GCC), iaitu Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, UAE dan Oman, telah bersidang pada Rabu 18/04/12 semalam untuk persidangan kecemasan bagi menentukan strategi bersama berkaitan dengan Iran.
Menurut laporan itu, Setiausaha Agung GCC Abdul Latif Al Zayani mengecam perjalanan Ahmadinejad itu sebagai "kesalahan yang jelas atas kedaulatan UAE" dan "tidak selaras dengan undang-undang GCC bagi menjaga hubungan baik dengan Iran."
Hebatnya mereka. Soal kepulauan milik Iran, mereka bersatu menempatkan Iran, namun kenyataannya Arab Saudi dan para pemimpin Arab , tidak pernah mempertikaikan dua pulau; Tiran dan Sanafir yang sehingga kini tetap diduduki oleh Rejim Zionis Israel.
Sejarahnya, pasukan Israel telah menduduki kedua-dua pulau tersebut sejak tahun 1967 tetapi raja Saudi tidak pernah mempersoalkan atau bersuara merebut kembali kedua wilayah yang diduduki oleh Israel tersebut.
Dua pulau tersebut awalnya disewakan oleh Saudi Arabia kepada Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser, untuk keperluan rawatan dalam Perang Enam Hari tahun 1967 dengan pasukan Israel. Namun, pulau-pulau tersebut dijajah oleh tentera Tel Aviv sejak Mesir mengalami kekalahan.
Peliknya, Emiriah Arab Bersatu tanpa mempunyai bukti yang kuat dan mendakwa tiga pulau Abu Musa, Tunb Kecil dan Tunb Besar sebagai miliknya. Bahkan Emiriah Arab Bersatu mengambil kesempatan ke atas isu Arab dan propaganda antarabangsa untuk mengambil ketiga-tiga pulau ini.
Desakan Pulau Tiran dan Sanafir
Pelabuhan Elat yang terletak di Teluk Aqabah sangat strategik bagi Rejim Zionis Israel, kerana sebahagian besar aktiviti eksport dan import rejim Zionis dilakukakan melalui pelabuhan ini. Pelabuhan Elat menjadi penghubung antara Israel dengan pantai timur dan selatan Afrika serta negara-negara selatan dan barat daya Asia.
Pelabuhan ini dihubungkan dengan pelabuhan Asqalan pantai timur Laut Mediterranean melalui jalur paip minyak dan pusat darat. Dengan memiliki pelabuhan ini, Israel sudah tidak lagi memerlukan Terusan Suez, dan kenyataannya menunjukkan betapa strategiknya pelabuhan Elat bagi rejim penjajah ini.
Namun apakah satu-satunya jalur hubungan Israel dengan laut melalui Selat Tiran?
Selanjutnya SINI
Sumber www.halimislam.com "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan