Rabu, 4 April 2012

Sejuta wanita Amerika non-Muslim pakai tudung tanda sokong Shaima Alawadi

Khamis 5 Aprilm 2012
Oleh: HALIMISLAM

"
Satu juta wanita non-Muslim di Amerika Syarikat akan memakai tudung sebagai tanda sokongan dan perpaduan terhadap Shaima Alawadi, seorang pendatang Iraq yang dibunuh secara kejam di rumahnya pada bulan Mac lalu, akibat Islamofobia.

Banyak wanita non-Muslim di Amerika Syarikat telah memposting foto-foto diri mereka mengenakan tudung pada akaun facebook 'One Million Hijabs for Shaima Alawadi'. Akaun tersebut kini telah disokong 10,000 orang hingga 2 April.



Jean Younis, pengurus pejabat di Gereja Advent Bonita Valley di National City, California, mengatakan dia akan memakai tudung Islamik untuk menyokong keluarga dan kawan-kawan Shaima Alawadi pada hari Ahad, menurut sebuah artikel terbaru yang diterbitkan oleh Washington Post.
"Saya mengharapkan tindak balas, tapi isunya . Perlu dibincangkan," kata Younis.
Pengurus pejabat gereja 59 tahun itu adalah salah satu dari golongan wanita non-Muslim yang telah menyatakan tanda sokongan terhadap Shaima Alawadi.
Alawadi ditemui mati rumahnya di El Cajon, California, pada tarikh 21 Mac lalu. Dia mati pada hari Sabtu 24 Mac, setelah dipukul dan ditemui terbaring dengan berlumuran darah di samping sebuah catatan yang mengatakan "kembali ke negara anda, anda pengganas".
Ada juga demonstrasi "tudung dan hoodie" di beberapa pengajian tinggi di seluruh Amerika Syarikat dalam beberapa hari terakhir ini. Gagasan "hoodie" merujuk kepada pembunuhan Trayvon Martin, seorang remaja hitam ditembak mati oleh seorang sukarelawan pemantau alam sekitar di Florida pada 26 Februari.
"Mereka berdua dibunuh kerana cara mereka dilihat dan itu sangat salah," kata Younis.
Tidak hanya Trayvon Martin dan Shaima Alawadi yang menjadi mangsa jenayah kebencian di Amerika Syarikat dalam beberapa minggu terakhir.
Pada tarikh 24 Mac, mahasiswa 19 tahun, Kendrec McDade ditembak dan dibunuh oleh dua pegawai polis Pasadena di Los Angeles County, California. Ketua Polis Pasadena, Phillip Sanchez mengatakan sebanyak "lapan tembakan" ditembakkan ke arah McDade.
P/S: Wanita-wanita di Negara barat bangga mengenakan pakaian Islam. Sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan maruah dan kesucian Islam. Wanita-wanita di  negera-negara Islam seperti Malaysia pula bangga mengenakan pakaian barat. Sekian!

 Sumber http://www.halimislam.com/2012/04/sejuta-wanita-as-non-muslim-pakai.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan