Minum air bantu lulus periksa
Khamis 19 April 2012
LONDON
18 April - Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan
vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk
lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!
Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.
Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.
Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu.
Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan