Rabu, 11 April 2012


 Hanya 1 Meter Ombak landa Pantai Di Aceh

Khamis 12 Apr 2012
Ketakutan kepada bencana tsunami besar-besaran berkurangan dari pemikiran rakyat Aceh, Indonesia apabila hanya ombak 1 meter menerpa pantai kawasan itu.

(Penduduk Aceh berada di tempat tinggi memerhati pantai Aceh)

Ekoran itu, amaran tsunami ditarik balik selepas empat jam dinaikkan untuk memberikan amaran kepada rakyat Indonesia khanya yang tinggal di sepanjang pantai Sumatra Barat.

Bagaimanapun, peringatan diberikan agar mereka menjauhi kawasan pantai dan jangan turun ke laut sehingga keadaan benar-benar selamat.

Gempa berkekuatan 8.5 skala Richter yang menguncang Aceh pada jam 4.38 petang tadi menyebabkan gelombang menghala ke pantai.

Namun, Media Indonesia melaporkan, gelombang dilaporkan telah sampai ke pantai di pulau Simeulue, Sumatra.

Demikian kata Prih Harjadi dari Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), kepada sebuah stesen televisyen nasional Indonesia.

"Tingginya air pantai barat Aceh sudah mencapai 6 meter dan kemungkinan ketika tsunami terjadi, akan terjadi di titik ini lebih dulu sampai ke sepanjang pantai barat Sumatera," ujarnya.

Beliau memaklumkan, kemungkinan  seluruh pantai khususnya barat daya Sumut, pantai Sumatera Barat, Bengkulu, dan Lampung akan dilanda tsunami.

Rakyat Aceh masih trauma sehingga kini ekoran tragedia tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa.

Sementara itu, Adun Komtar, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam twitternya memberitahu, tsunami tidak akan melanda Pulau Pinang dan Seberang Prai.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak tidak panik dan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Bagaimanapun, sebelum ini, anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli memberitahu, beliau mendapat makluman, ombak besar diramalkan akan melanda Pulau Pinang malam ini kira-kira jam 9.20 malam manakala Port Dickson jam 2 pagi esok.

Oleh itu, walaupun hanya satu meter ombak sahaja melanda pantai Aceh, orang ramai di nasihatkan mengelakkan diri dari berada di kawasan pantai.
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan