Rabu, 4 April 2012

[Bergambar & Video] Bakal Bangunan Tertinggi Eropah Terbakar

Khamis 5 April 2012 

Moskow - Tingkat teratas bangunan pencakar langit Vostok yang dalam pembinaan di sini terbakar kelmarin.

SEORANG anggota bomba berdiri dekat bangunan Vostok yang terbakar di tingkat 65 di Moscow kelmarin.

Ia akan menjadi bangunan tertinggi di Eropah jika siap dibina sepenuhnya pada tahun 2013.

Beberapa buah helikopter digunakan untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan air yang diambil dari sebuah sungai berdekatan.

Menara Vostok itu jika siap akan memiliki ketinggian 360 meter.

Bahagian yang terbakar itu di tingkat 65.

Ia akan mempunyai 95 tingkat jika siap sepenuhnya.

Pemilik bangunan berkenaan, Sergei Polonsky memberitahu saluran televisyen Rusia, 24, tiada kecederaan berlaku atau risiko struktur itu runtuh.

Beliau memberitahu, api merebak dengan cepat ke tingkat atas ekoran angin bertiup kencang.

Vostok terdiri daripada bangunan menara berkembar yang dikenali sebagai Kompleks Persekutuan apabila menara kedua, Zapad atau Barat siap kelak.

Punca kejadian masih belum didedahkan. - Agensi









Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan