Rabu, 8 Jun 2011

Orang-orang yahudi akan menceroboh masuk kedalam masjid Al-Aqsa minggu ini



HHRS 2.0 - Yayasan Al-Aqsa untuk warisan Islam telah memberi amaran adanya seruan dari kumpulan-kumpulan Yahudi untuk menyusup ke masjid Al-Aqsa pada Selasa dan Khamis minggu ini untuk menandakan Shavuot Yahudi.

Panggilan yang diterima kerana Shavuot tahun ini bertepatan dengan pendudukan tahun 1967 Israel atas Baitulmuqaddis Timur.

Organisasi-organisasi Israel melancarkan serangan di Masjid Al-Aqsa dalam usaha untuk melakukan ritual Taurat untuk menandakan hari cuti Yahudi yang di mulai pada hari Selasa ini (7 / 6).

Yayasan Al-Aqsa melihat langkah Yahudi ini sebagai usaha untuk membuat fait accompli yahudisasi di kota tua Jerusalem.

Keterangan kenyataan menyatakan bahawa kumpulan Yahudi di balik panggilan untuk menyusup ke masjid Al-Aqsa telah menawarkan untuk menutup kos pengangkutan dari beberapa penempatan Yahudi di Baitulmuqaddis bagi mereka yang ingin menyertai dalam acara ini.

Yayasan Al-Aqsa menyeru umat Islam untuk masuk lebih awal untuk membuat kehadiran mereka secara konstan di masjid Al-Aqsa dalam usaha untuk menggagalkan langkah provokatif kumpulan-kumpulan yahudi. (diterjemah dari eramuslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan