Kenapa Rasulullah melarang kita makan dan minum sambil berdiri
Dalam hadis disebutkan: "Janganlah kamu minum sambil berdiri".Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air jernih melaluinya) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada bahagian penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum secara automatik masuk tanpa ditapis lagi. Terus menuju ke pundi kencing. Ketika menuju pundi kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter) kerana banyak sisa kotoran di ureter inilah awal mula munculnya penyakit.
Betul, penyakit batu karang. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya. yang berkaitan dengan saluran tersumbat.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Ketika duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan cepat ke dasar usus, dan jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan kesan pada usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu kerana ada sesuatu yang menghalang beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat asas kecemasan!
Manusia ketika berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersama yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada ketika makan dan minum.
Ketika duduk saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan bersedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus boleh membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada usus. Para doktor melihat bahawa luka pada usus 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa menerima makanan atau minuman yang masuk.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertekuk lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah saw duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah saw: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w.mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk berbaring (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak akan makan secara berbaring" (HR Bukhari).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan