Ahad, 12 Jun 2011

Fakta solat dan kaitannya dengan anatomi badan manusia. Pelaburan kesihaatan yang paling baik !!


HHRS 2.0 - Salah satu kewajipan umat Islam adalah melaksanakan solat lima waktu. Solat ternyata tidak hanya menjadi amalan utama di akhirat nanti, tetapi gerakan-gerakan solat ternyata paling proporsional bagi anatomi tubuh manusia. Bahkan dari sudut perubatan, solat adalah gudang ubat dari berbagai jenis penyakit.

Selama ini solat yang dilakukan lima kali sehari oleh umat Islam, sebenarnya telah memberikan pelaburan kesihatan yang cukup besar bagi yang melakukan solat tersebut. Gerakan solat sehingga dengan salam memiliki makna yang luar biasa baik untuk kesihatan fizikal, mental bahkan keseimbangan spiritual dan emosional. Tetapi sayang hanya sedikit dari umat Islam yang dapat memahaminya. Berikut ini beberapa manfaat gerakan solat bagi kesihatan manusia:


TAKBIRATUL IHRAM

Postur: berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah


Manfaat: Gerakan ini melancarkan aliran darah, getah bening (limfe) dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke s! eluruh tubuh. Ketika mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah kaya oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bagian bawah. Ini dapat menghindarkan dari berbagai gangguan sendi, khususnya pada tubuh bahagian atas.

Rukuk Postur: Rukuk yang sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.

Manfaat: Postur ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.


I'tidal Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.

Manfaat: Itidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami pemijatan dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.


SUJUD Postur: menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai.

Manfaat: Aliran getah bening (Lymph) dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang kaya dengan oksigen boleh mengalir maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang (kecerdasan). Oleh itu, lakukan sujud dengan tamakninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan wasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk maupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.


DUDUK Postur: Duduk ada dua macam, iaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir).Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki.

Manfaat: Apabila iftirosy, kita bertumpu pada pangkal paha yang dihubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan kesakitan pada pangkal paha yang sering menyebabkan seseorang itu tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran urethra, kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, postur irfi mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iftirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerakan kita.


SALAM
Gerakan: Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimal.
Manfaat: otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketengangan kulit wajah.

Lain-lain yang berkaitan solat dan kesihatan. Tidak perlu bazirkan beribu-ribu ringgit semata-mata untuk membeli produk kesihatan.


KECERDASAN OTAK


Gerakan sujud dalam sembahyang tergolong unik. Falsafahnya adalah manusia menundukkan diri serendah-rendahnya. Dari sudut pandang ilmu psikoneuroimunologi (ilmu mengenai kekebalan tubuh dari sudut pandang psikologi) yang didalami Prof. Sholeh, gerakan ini mengantar manusia pada darjat setinggi-tingginya.

Mengapa? Dengan melakukan gerakan sujud secara rutin, pembuluh darah di otak dilatih untuk menerima banyak bekalan darah. Ketika sujud, posisi jantung berada di atas kepala yang memungkinkan darah mengalir maksimum mungkin ke otak. Oleh itu, otak mendapatkan bekalan darah yang kaya dengan oksigen yang memacu kerja sel-selnya. Dengan kata lain, sujud yang tumakninah dan berterusan dapat memacu kecerdasan. Telah mendapat pengakuan dari Harvard Universitry, AS. Bahkan seorang doktor berbangsa Amerika yang tidak dikenali telah menyatakan masuk Islam setelah diam-diam melakukan riset pengembangan khusus mengenai gerakan sujud.

Perindah postur



Gerakan-gerakan dalam sembahyang mirip yoga atau peregangan (stretching). Intinya untuk melenturkan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Keunggulan sembahyang berbanding gerakan yang lain adalah sembahyang menggerakan anggota tubuh lebih banyak, termasuk jari kaki dan tangan. Sujud adalah latihan kekuatan untuk otot tertentu, termasuk otot dada.

Ketika sujud, beban tubuh bahagian atas ditumpukan pada lengan hingga telapak tangan. Ketika inilah tindak balas terjadi pada otot dada, bahagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Payudara tidak hanya menjadi lebih indah bentuknya tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu di dalamnya.

MUDAHKAN BERSALIN



Masih dalam pose sujud, manfaat lain boleh dinikmati kaum hawa. Ketika pinggul dan pinggang terangkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) bertindak balas penuh. Keadaan ini melatih organ di sekitar perut untuk mengejang lebih dalam dan lama.

Ini menguntungkan wanita kerana semasa bersalin memerlukan pernapasan yang baik dan kemampuan mengejang yang mencukupi. Bila, otot perut telah berkembang menjadi lebih besar dan kuat, maka secara semulajadi ia lebih elastis. Kebiasaan sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan serta mempertahankan organ-organ perut pada tempatnya kembali (fiksasi).

PERBAIKI KESUBURAN



Setelah sujud adalah gerakan duduk. Dalam sembahyang ada dua cara duduk, yaitu duduk iftirosy (tahiyyat awal) dan duduk tawarruk (tahiyyat akhir). Yang terpenting adalah turut bertindak balas otot-otot di perineum. Bagi wanita, inilah kawasan paling terlindung kerana terdapat tiga lubang, iaitu liang persenggamaan, dubur untuk melepas kotoran, dan saluran kemih. Saat duduk tawarruk, tumit kaki kiri harus menekan daerah perineum.

Punggung kaki harus diletakkan di atas telapak kaki kiri dan tumit kaki kanan harus menekan pangkal paha kanan. Pada kedudukan ini tumit kaki kiri akan memijit dan menekan daerah perineum. Tekanan lembut inilah yang memperbaiki organ reproduksi di daerah perineum. Dengan Solat Insya Allah hidup kita Sihat. (diterjemah dari dikutip.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan